Categories
AGENDA NASIONAL

Aksem patah cubaan seludup cecair vape bernikotin RM1.8 juta

PADANG BESAR, 6 JAN: Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Perlis mematahkan cubaan menyeludup keluar 96,160 botal cecair vape bernikotin dianggarkan bernilai RM1.8 juta hari ini.

Komander Aksem Perlis DSP Rodzi Abu Hasan berkata hasil risikan selama tiga minggu, sekumpulan anggota penguat kuasa menahan sebuah lori tiga tan di Jalan Kaki Bukit, Padang Besar pada pukul 10.15 pagi tadi.

“Kita merampas 96 kotak berisi cecair vape bernikotin dan menahan seorang pemandu warga tempatan berusia 35 tahun,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata modus operandi yang digunakan oleh sindiket itu ialah membawa cecair berkenaan dari Kuala Lumpur ke negeri ini dan mengisytiharkannya sebagai minyak wangi.

Katanya sindiket menjadikan negeri ini sebagai tempat transit sebelum ianya diseludup ke negara jiran.

“Hasil risikan mendapati sindiket melakukan penyeludupan dengan kekerapan dua kali seminggu dan telah beroperasi selama lima bulan,” katanya.

Katanya cecair vape bernikotin pelbagai perisa buah-buahan itu dijual pada harga RM20.00 ke atas.

“Kita tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa lagi kumpulan sindiket yang masih aktif dan Aksem akan terus melakukan siasatan dan tangkapan,” katanya.

Rodzi berkata hasil rampasan dan pemandu lori diserahkan kepada Pusat Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Racun 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 32(2) Akta yang sama iaitu denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

-BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Remaja dimasukkan ke hospital disebabkan hisap vape

LABUAN, 8 NOV: Seorang remaja lelaki telah dimasukkan ke Hospital Nukleus Labuan dan menerima rawatan untuk kerosakan bahagian dalaman paru-paru, disyaki akibat menghisap vape, menjadikan kes pertama yang dilaporkan di Labuan.

Dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini, Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata, satu pemeriksaan meyeluruh telah dilakukan bagi mencari punca sebenar remaja berusia 17 tahun itu, menghidapi komplikasi paru-paru.

“Remaja lelaki itu telah dimasukkan ke hospital pada 4 November akibat kesukaran bernafas, beliau seorang penghidap asthma dan telah diberikan rawatan bagi mengubatinya di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Bagaimanapun semasa di ICU, beliau telah didiagnosis menghidapi beberapa kerosakan bahagian dalam paru-paru disamping simptom rhabdomiolisis dan kegagalan buah pinggang,” katanya.

Dr Ismuni berkata, berdasarkan kepada siasatan mendapati remaja itu menghisap vape selama dua minggu, sebelum beliau dimasukkan ke ICU.

“Siasatan kami juga mendedahkan yang remaja itu bukan sahaja menghadapi beberapa kerosakan pada bahagian dalaman paru-paru, namun ia boleh juga disebabkan oleh penyakit otoimun yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia atau menghisap vape…. penyiasatan kami masih berjalan … Saya minta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi bagi menghormati privasi keluarga remaja tersebut,” katanya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Penguatkuasaan larangan jual vape masih dalam kajian

KUALA LUMPUR, 14 OKT: Persidangan Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan penguatkuasaan larangan penjualan rokok elektronik atau vape, yang menggunakan cecair tanpa nikotin masih dalam perbincangan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kementeriannya bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) masih lagi menjalankan kajian mendalam dan perbincangan termasuk akta baharu berkaitan vape, yang kini dalam semakan Jabatan Peguam Negara.

“Selain itu, pihak kami juga sedang meneliti kajian terkini, yang menunjukkan kesan sampingan terhadap penggunaan rokok elektronik dan vape, termasuk beberapa kematian yang dicatatkan di negara Amerika Syarikat.

“Justeru, satu kajian terperinci perlu dibuat, untuk mengkaji semula keperluan menguatkuasakan larangan penjualan rokok elektronik dan vape, secara menyeluruh,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr Dzulkefly berkata demikian semasa menjawab soalan Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) cadangan menguatkuasakan larangan penjualan vape secara menyeluruh atau membendung jualan bahan berkenaan terutama dalam kalangan pelajar sekolah memandangkan bahaya bahan itu daripada aspek kesihatan.

Katanya, satu akta baharu yang sedang dalam semakan Jabatan Peguam Negara akan memperuntukkan penggunaan semua jenis produk merokok seperti rokok konvensional dan vape, bagi individu berumur di bawah 18 tahun adalah dilarang sama sekali.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata kajian rokok dan rokok elektronik dalam kalangan remaja Malaysia (TECMA) 2016 mendapati 300,000 pelajar bersekolah menggunakan rokok elektronik dan vape, dan daripada jumlah itu, 250,000 adalah remaja lelaki.

Menjawab soalan tambahan Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (PAKATAN-Hulu Langat) berhubung pihak yang sanggup membayar cukai jika dikenakan ke atas penggunaan vape, katanya kementerian lebih mementingkan kesihatan rakyat.

“Walaupun disebut industri vape boleh membantu menjana percukaian negara, tetapi kementerian menghitung baik buruk sifat rokok itu sendiri, terutama masalah kesihatan akibat nikotin yang lebih besar,” katanya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

KKM bentang akta kawalan vape, rokok elektrik di Parlimen Mac 2020

KUCHING, 8 SEPT: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan akta baharu berkaitan penggunaan tembakau, ‘vape’, rokok elektronik dan shisha di Parlimen selewat-lewatnya pada persidangan sesi Mac 2020.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, KKM ketika ini dalam fasa akhir dalam penelitian untuk menggubal akta berkenaan yang disifatkan lebih menyeluruh serta dapat menangani pelbagai isu terkini.

“Kita hampir di penghujung perbincangan bersama Peguam Negara dan sangat mengharapkan dapat membentangkannya di Parlimen pada suku yang pertama sebelum Mac tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri larian ‘Stop The Stigma’ anjuran Hospital Umum Sarawak di Bangunan DUN lama di sini, hari ini.

Beliau berkata, akta itu merangkumi bukan sahaja tembakau tetapi beberapa sisi lain yang bersangkutan dengan nikotin yang terdapat di dalam ‘vape’ ataupun rokok elektronik.

Sebelum ini, Timbalan Menteri, Dr Lee Boon Chye mengetuai jawatankuasa khas yang melihat kepada persoalan mengenai vape dan shisha yang membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), FCTC (Rangka Kerja Kawalan Tembakau) dan farmasi KKM bertanggungjawab melihat produk tembakau yang mengandungi nikotin.

Mengenai acara larian berkenaan, Dzulkefly berkata, ia bertujuan membangkitkan kesedaran masyarakat sejagat mengenai kepentingan kesihatan mental serta masalah kesihatan mental yang semakin meningkat.

“Di Malaysia, trend tingkah laku bunuh diri dalam kalangan remaja telah menunjukkan peningkatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2017 mendapati prevalen idea bunuh diri dalam kalangan remaja berusia 13-17 tahun adalah 10 peratus berbanding 7.9 peratus pada 2012,” katanya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

KPM – KPDNHEP bekerjasama tangani isu jualan vape

KUALA LUMPUR, 22 JUL: Kementerian Pendidikan (KPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mengatasi masalah penjualan rokok elektronik dan vape kepada murid sekolah.

KPM dalam kenyataan berkata, berdasarkan pemantauan yang dibuat, ia mendapati jualan bahan-bahan tersebut adalah di luar kawasan sekolah.

“KPM memandang serius isu jualan bahan terlarang seperti rokok elektronik dan vape kepada murid sekolah yang ditularkan sejak beberapa hari lalu.

“Sehubungan itu, bagi memastikan perkara ini tidak berleluasa, KPM akan bekerjasama dengan KPDNHEP untuk membendung jualan bahan-bahan terlarang itu terutama kepada murid sekolah,” menurut kenyataan itu.

KPM memberitahu, ia turut mengambil langkah sewajarnya dalam memberi pendedahan tentang larangan membeli dan bahaya penggunaan bahan-bahan seumpama itu dari sudut kesihatan.

Ia mengingatkan ibu bapa untuk memantau kegiatan anak-anak yang menjurus ke arah penggunaan bahan terlarang itu.

– BERNAMA

Categories
NASIONAL

Tangani segera isu pelajar hisap vape

KUALA LUMPUR, 14 JULAI: Isu penggunaan ‘vape’ dalam kalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan apabila murid sekolah rendah juga kini dilapor mula berjinak-jinak menggunakan peranti rokok elektronik itu secara terbuka.

Foto seorang pelajar perempuan yang masih dalam pakaian sekolah sedang menghisap vape di sebuah perhentian bas yang tular di media sosial baru-baru ini, termasuk dakwaan vape diedar secara percuma kepada golongan pelajar oleh pihak tidak bertanggungjawab mencetus kegusaran masyarakat.

Mengulas isu itu, Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM), Datuk Sabuddin Sani mengakui walaupun gejala itu masih pada skala terkawal, namun tindakan proaktif perlu diambil segera oleh semua pihak terutama ibu bapa untuk menangani isu berkenaan.

“Anak-anak keliru dengan apa yang diajar dan apa yang mereka lihat kerana di sekolah cikgu mengajar bahawa rokok itu membahayakan kesihatan, tetapi di rumah, ayah sendiri yang menghisap rokok secara tidak langsung ibu bapa menunjukkan contoh yang tidak baik.

“Kelonggaran dari sistem keluarga itu antara puncanya, jadi ibu bapa haruslah menjadi suri teladan dan bukan hanya menyalahkan anak-anak apabila mereka mula terjebak dengan perkara negatif sebegini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Seorang bapa yang mahu dikenali sebagai Azman turut berkongsi kegusarannya apabila pernah ditanya oleh anaknya untuk memiliki peranti berkenaan.

“Budak-budak ingatkan vape itu ialah gajet permainan terbaharu, malah saya terkejut apabila baru-baru ini anak lelaki saya yang berusia 13 tahun turut meminta izin untuk memilikinya… menurut beliau, ada rakan-rakannya mula mengumpul duit selama tiga bulan untuk membeli vape yang berharga RM80.

“Jadi tugas ibu bapa adalah untuk sentiasa menegur perbuatan mereka dan pastikan anak-anak mereka tidak bergaul dengan orang yang salah,” kata Azman.

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang berkata pihak pengurusan sekolah perlu terus menjadikan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 17 Tahun 2015 sebagai garis panduan untuk menangani masalah-masalah disiplin berat seperti penggunaan vape dalam kalangan pelajar sekolah.

“Mengikut surat siaran itu, menghisap vape dikategorikan sebagai salah satu kesalahan disiplin berat dan hukuman bagi kali pertama, pelajar yang terbabit akan diberi kaunseling dahulu, bagi kesalahan kali kedua, mereka boleh digantung sekolah tidak melebihi 14 hari.

“KPM sendiri mengambil langkah dari awal lagi dan saya percaya sekiranya semua pihak bekerjasama maka kita dapat mengatasi isu ini dari terus merebak dan menjadi wabak di masa akan datang,” katanya.

Selain KPM, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diketuai Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye turut mengambil inisiatif menubuhkan satu Jawatankuasa Khas pada 27 Jun lalu bagi mengawal penggunaan rokok elektronik dan vape, yang juga memberi fokus kepada usaha menangani penjualan alat tersebut kepada pelajar sekolah.

Katanya, jawatankuasa itu akan menjalankan tugasnya secepat mungkin dan merangka rang undang-undang baharu bagi mengawal penggunaan rokok elektronik dan vape yang dijangka dibentangkan akhir tahun ini atau tahun hadapan.

-BERNAMA

Categories
GLOBAL

Rokok vape boleh sebabkan kerosakan DNA, punca kanser

GLOBAL 31 JAN: Kajian penyelidik Universiti New York mendapati menghisap rokok elektronik atau vape boleh menyebabkan kerosakan pada asid deoksiribonukleik (DNA)

Keadaan itu sekali gus mendorong kepada pembentukan kanser dalam badan, lapor Portal Mail Online

Universiti New York menjalankan kajian terhadap sel-sel pundi kencing dan paru-paru yang didedahkan dengan asap vape.

Para pengkaji mendapati sel pada kedua-dua organ berkenaan rosak dan risiko menghidap kanser adalah lebih tinggi berbanding jangkaan mereka.

Penggunaan tikus dalam kajian itu menunjukkan haiwan tersebut turut mengalami kerosakan DNA yang signifikan selepas didedahkan dengan asap vape.

Kajian itu secara tidak langsung menolak tanggapan masyarakat bahawa menghisap vape adalah lebih selamat berbanding rokok konvensional.

Rokok elektronik menyebarkan kesan bahaya nikotin terhadap pengguna menerusi bahan kimia aerosol tanpa perlu membakar tembakau.

Biarpun tembakau mempunyai nitrosamine dan banyak bahan kimia carcinogenic akibat proses pembakaran, rokok elektronik juga mempunyai nikotin dan beberapa bahan pelarut organik.

Kajian terdahulu juga mendapati perokok elektronik mempunyai kekurangan karsinogen paru-paru dalam cecair tubuh mereka sehingga 97 peratus berbanding mereka yang menghisap rokok tembakau.

Namun, keadaan itu tidak memberi jaminan bahawa menghisap rokok elektronik adalah lebih sihat dan mampu mengelak daripada risiko kanser.

Sementara itu, kajian tersebut turut menegaskan perokok elektronik mempunyai risiko lebih tinggi berbanding bukan perokok untuk menghidap kanser pundi kencing dan paru-paru serta terkena serangan jantung.

SUMBER: MAIL ONLINE

Penjualan vape di P.Pinang dibenarkan


Pulau Pinang benarkan vape dan masih cari jalan penyelesaian. Majlis Fatwa Sabah menyertai senarai negeri lain memutuskan vape adalah haram.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Vape : Selangor gesa KKM gubal undang-undang

Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 13 JAN: Kerajaan Selangor mendesak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggubal peruntukan undang-undang berkaitan penggunaan rokok elektronik atau vape untuk dilaksanakan dengan berkesan.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata rumusan bengkel khas berkenaan vape pada 10 hingga 12 Januari lalu sudah dibawa ke Mesyuarat Exco hari ini.

Katanya, hasil mesyuarat meminta ia ditangani dengan penuh tanggungjawab tanpa bertindak tergesa-gesa dan mendapat maklum balas daripada pelbagai pihak.

DAROYAH“Kerajaan Selangor bersetuju sebarang keputusan berkaitan penggunaan vape adalah tertakluk kepada arahan dan dasar semasa KKM.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri mendesak KKM untuk menggubal, mengkaji dan menyemak akta serta undang-undang diperuntukkan supaya penguatkuasaan sepenuhnya terhadap akta itu mampu dilaksanakan dengan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan.

Daroyah berkata, semua akta terlibat dalam pelaksanaan isu itu seperti Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952, Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 adalah di bawah bidang kuasa KKM, bukannya Kerajaan Negeri.

Katanya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor juga tidak akan memberikan sebarang kelulusan atau pembaharuan lesen kepada pengusaha vape selaras dengan surat KKM bertarikh 9 Disember 2015 sehingga satu keputusan dikeluarkan Kerajaan Persekutuan.

Setakat ini, kira-kira 69 lesen sudah dikeluarkan dan 30 daripadanya merupakan lesen sementara.

Kerajaan Negeri juga melalui PBT akan mewartakan semua kawasan larangan merokok di Selangor sebagai kawasan larangan vape, antaranya premis kerajaan, hospital, institusi pendidikan, kawasan ibadat, taman permainan dan rekreasi, kawasan rawat dan rehat (RNR) dan lain-lain.

“Larangan penjualan kepada kanak-kanak dibawah usia 18 tahun ke bawah adalah dikekalkan sepertimana larangan terhadap penjualan tembakau dan rokok.

“Bagi meningkatkan kesedaran dan pendidikan terhadap kesan dan kemudaratan vape, Kerajaan Negeri akan memperbanyakkan kempen dan program kesihatan kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

PBT diarah beku semua permohonan lesen penjualan vape

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 11 JAN: Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor diarahkan untuk membekukan semua permohonan lesen penjualan vape atau rokok elektronik sehingga keputusan di peringkat negeri berjaya dicapai.

Exco Kesihatan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Dr Daroyah Alwi, berkata arahan itu selaras dengan kehendak Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang mahu perbincangan secara menyeluruh terhadap isu terbabit diselesaikan.

Vape Dr DaroyahKatanya, sehingga kini lebih 100 permohonan penjualan vape diterima di negeri itu dan 30 daripadanya diberikan lesen sementara.

“Pengusaha vape di Selangor masih selamat kerana tiada serbuan akan dilakukan pihak penguasa buat sementara waktu ini sehingga keputusan mengenai isu terbabit diumumkan kerajaan negeri.

“Arahan itu dikeluarkan berikutan pihaknya perlu meneliti semua maklumat daripada semua agensi berkaitan menerusi beberapa siri bengkel yang membincangkan secara khusus berhubung isu itu,” katanya selepas bengkel khas bagi membincangkan isu vape.

VAPEDaroyah berkata Kerajaan Negeri tidak mahu terburu-buru mengumumkan keputusannya kerana perlu mengambil kira semua pandangan menerusi bengkel yang diadakan, selain perlu berlaku adil kepada pihak berkaitan.

“Perbincangan menerusi bengkel ini masih diperingkat awal, kita akan kumpulkan semua maklumat daripada agensi dan pihak terbabit dan selepas ini akan ada satu lagi perbincangan khusus mengikut kepakaran masing-masing sebelum dibawa ke peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk sebarang keputusan.

“Kerajaan negeri tidak mahu tergesa-gesa membuat keputusan kerana negeri ini ada pelbagai pihak termasuk pengusaha vape dan penggunanya yang terbesar di negara ini, jadi kita perlu mendengar pandangan supaya ia berlaku adil kepada semua,” katanya.

Bengkel itu disertai wakil Kementerian Kesihatan (KKM), pejabat Mufti Selangor, badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Ikram Malaysia dan wakil Persatuan E-Vaporizer dan Tembakau Alternatif Malaysia (MEVTA).

Sementara itu, Timbalan Presiden MEVTA Ikbal Zakaria berkata, pihaknya akur sekiranya keputusan tidak memihak kepada pengusaha vape di negeri ini.

Beliau menyokong usaha kerajaan negeri untuk menganjurkan bengkel khusus bagi membincangkan isu terbabit secara menyeluruh.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Keputusan vape ambil kira pandangan semua

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PUCHONG, 11 JAN: Kerajaan Selangor mengambil kira pelbagai aspek daripada semua pihak terlibat sebelum membuat sebarang keputusan berhubung isu vape, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Kata Mohamed Azmin, beliau sudah mengarahkan supaya Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi bertemu dengan pihak Kementerian Kesihatan, pengusaha atau pembekal vape dan belia.

VAPE“Kita sedang berbincang. Dr Daroyah akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkenaan termasuk pihak Kementerian Kesihatan, belia dan juga pengusaha atau pembekal vape untuk melihat dalam konteks kesihatan.

“Bagaimanapun keputusan muktamad hanya dibuat selepas mendengar dan mendapat maklumat daripada Kementerian Kesihatan khususnya. Keputusan akan dibuat dalam bulan ini,” kata Mohamed Azmin pada 8 Januari lalu.

Terdahulu, beberapa negeri mengambil keputusan mengharamkan penjualan vape yang diantaranya, Johor, Melaka, Terengganu,

Kerajaan Terengganu yang turut mengharamkan penjualan vape memutuskan memberi tempoh sehingga Jun ini untuk para peniaga vape menghabiskan stok yang mereka ada.

Manakala Negeri Sembilan pula, walaupun membenarkan penjualan vape tetapi mengisyitiharkan penggunaan vape adalah haram bagi umat Islam.

EZY

Bauksit lebih bahaya dari vape, kenapa tidak haram?


“Bila isu vape timbul, JAKIM menjemput semua mufti bersidang khas untuk isu itu. Semuanya dijemput datang dari negeri masing-masing. Maaf, saya tidak hadir tetapi menghantar wakil,” Mufti Perlis.