Categories
BERITA UTAMA EXCO SELANGOR

Selangor anjur wacana, kajian tingkat kesedaran bahaya beg plastik

SHAH ALAM, 6 APRIL: Kerajaan Selangor giat memperkasakan lagi kempen kesedaran mengenai bahaya penggunaan beg plastik melalui program ceramah dan wacana.

EXCO pengguna berkata pihaknya turut merancang menjalankan kajian terhadap tahap kesedaran masyarakat supaya matlamat Kerajaan Negeri menjaga alam sekitar serta kesihatan tercapai.

“Khamis ini kita akan putuskan langkah seterusnya memandangkan kita lihat penggunaan beg plastik dalam kalangan rakyat masih tinggi.

“Kita juga akan guna khidmat kajian pusat pengajian tinggi untuk tentukan sama ada masyarakat memang berduit dan sanggup membayar caj atau terlupa membawa beg guna semula ketika berbelanja,” kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Beliau berkata pihaknya serta Jawatan Kuasa Tetap Alam Sekitar pernah bercadang menaikkan caj beg plastik namun perkara itu belum diputuskan.

“Kutipan caj yang dikumpul selama ini digunakan untuk menjalankan semua aktiviti kesedaran. Kita harap masyarakat akan memberi kerjasama dan matlamat kempen berjaya,” katanya.

Mac lalu, EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian memaklumkan sebanyak RM6.4 juta dikumpul menerusi penguatkuasaan caj 20 sen yang dikenakan terhadap penggunaan setiap beg plastik.

Asal bukan ajaran sesat, bebas ceramah di Selangor


Tiada halangan penceramah dan cendekiawan agama dari luar berdakwah di Selangor.

Categories
NASIONAL

Ustaz Azhar Idrus jadi ‘penjaga gol’ padang futsal

Oleh: MOHD EZLI MASHUT

SHAH ALAM, 7 MEI: Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang sering kali menggamit ribuan kehadiran orang ramai ke majlis ilmunya terpaksa menjadi ‘penjaga gol’ ekoran kuliah bulanannya di Masjid Kampung Butut, Kuala Berang, Terengganu dihalang.

Lokasi berkenaan dijadualkan mendapat kunjungan UAI dua bulan sekali, namun program ilmu yang mendapat sambutan ramai itu tidak lagi dibenarkan dan terpaksa berpindah ke padang Futsal Kg Butut.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Kamaruzaman Abdullah, berkata kejadian memalukan itu tidak harus berlaku di negeri yang majoriti masyarakat dan semua pemimpin negeri juga beragama Islam.

futsal“Lebih memalukan, Kuala Berang dibuktikan dengan sejarah sebagai daerah paling awal menerima ajaran Islam,” kata Kamaruzaman dalam kenyataan yang dipetik dari Facebooknya.

Beliau berkata, majoriti yang hadir ke kuliah UAI adalah anak muda dan itu adalah perkembangan sihat dengan pendekatannya berjaya membawa golongan berkenaan cintakan ilmu.

“Selayaknya majlis majlis ilmu diperbanyakkan lagi, namun hari ini keadaan sebaliknya berlaku. Majlis ilmu disekat dan pada masa sama program maksiat terus dianjurkan,” katanya.

Beliau mendesak Pejabat Agama Hulu Terengganu tampil memberi penjelasan kepada penghalangan program ilmu seperti itu.

ceramah futsal“Seandainya ada kekurangan carilah jalan penyelesaian. Program seumpama ini seharusnya dilihat dil uar garis politik kerana jika lahir masyarakat berilmu, maka manfaat besar diperoleh semua,” katanya.

Sementara itu, Aki Ecah di laman facebooknya berkata, Presiden Barack Obama dibenarkan memasuki Masjid Negara dalam lawatannya ke Malaysia, baru-baru ini.

“UAI hendak mengajar agama tidak boleh dalam Masjid?,” soalnya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

TVSelangor siar siaran langsung ceramah Anwar di Kajang malam ini

SHAH ALAM 12 FEB: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tampil menyampaikan pidatonya pada program Ceramah Perdana yang diadakan di Kompleks Penghulu Batu 10 Jalan Cheras Kajang.

ceramah

Ceramah itu dijadualkan akan bermula pada jam 08.30 malam turut akan dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat.

TVSelangor akan membawa siaran langsung program itu yang boleh dilayari di http://tv.selangorku.com

EZY

Categories
NASIONAL

Amiruddin : BN Naikkan Barang Secara Senyap

Gombak 2

BATU CAVES, 21 APRIL: Calon PKR DUN Batu Caves, Amiruddin Shari menyifatkan tindakan pimpinan BN selama ini yang sering menaikkan harga barangan secara senyap sebagai ‘daripada pencuri kepada toyol’.

Ini kerana pimpinan BN tidak berani berhadapan rakyat untuk mengumumkan sebarang bentuk perubahan polisi secara terbuka sebaliknya mendiamkannya terlebih dahulu dan kemudiannya baru diketahui rakyat.

Sebagai contoh katanya, beberapa tindakan menaikkan harga minyak sebelum ini hanya diketahui selepas mereka keluar mengisi bahan api petrol dan diesel.

Ini kerana kerajaan BN tidak mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam menyelesaikan perkara asas yang menjadi keperluan rakyat.

“Pengagihan yang adil mampu jimat RM500 hingga RM600 sebulan. Boleh simpan

“Kita tidak ambil jalan pintas untuk rakyat lupa, beri RM500 (BR1M). Selepas itu tidak mengapa diam-diam esok pagi jam 2.30 (pagi) minyak naik 10sen.

“Dulu mereka curi siang-siang. Menteri buat pengumuman. Daripada pencuri mereka dah jadi toyol sebab diam-diam tiba-tiba minyak kita naik (harga) tanpa sedar sebab tidak mahu bertanggungjawab beritahu rakyat bahawa minyak akan naik atau turun ekoran kegagalan pentadbiran Umno-BN,” katanya dalam ucapan Amanat Calon DUN Batu Caves dan Parlimen Gombak.

Gombak 1

Jelasnya lagi, BN hanya mampu untuk mencedok idea yang dilakukan pimpinan PR sejak lima tahun lalu demi mendapatkan sokongan sedangkan mereka dahulunya begitu lantang mengkritik cadangan program yang dibentangkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).

“Masa cadang Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) pemimpin Umno kata semua tak logik dan muflis.

“Alhamdulillah, lepas belanja lebih RM800 juta dan pembangunan, kita tidak muflis.  Rizab simpanan dari RM400 juta sekarang ada RM2.6 bilion

“Dalam tempoh lima tahun pentadbiran, RM49.7 bilion jumlah pelaburan masuk serta membuka peluang pekerjaan,” katanya lagi.

Tegasnya sekali lagi, rakyat perlu bangkit merubah sistem pentadbiran pimpinan negara yang lebih baik selain mengekalkan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor agar kekayaan hasil negeri terus dinikmati bersama.

Dalam PRU-13, Amirudin selaku penyandang DUN Batu Caves bakal dicabar melalui pertembungan tiga penjuru diantara calon BN, Rawisandran Narayan dan calon bebas Suman a/l Gopal.

Pada tahun 2008, beliau turut berhadapan saingan tiga penjuru dan berjaya memenangi kerusi DUN Batu Caves dengan majoriti 3,639 undi.

Kompilasi Video Ambang 13 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam


 

 

Sinopsis:

Memaparkan video-video Sambutan Ambang 13, 31 Disember 2012.Lebih 140,000 orang dari pelbagai lapisan usia hadir membanjiri Dataran Kemerdekaan, Shah Alam bagi memeriahkan Program Jom Santai Bersama GeMS kelolaan Kerajaan Negeri sempena ambang 2013 di sini malam tadi.

Program GeMS – Generasi Idaman Selangor, itu diadakan dengan pendekatan menyambut tahun baru dengan tema keagamaan serta bersifat santai.

Ia ternyata mendapat sambutan hebat dan ia memberi nafas baru kepada penganjuran majlis.

Categories
NASIONAL

Ceramah : Jelajah Merdeka Rakyat di Batang Kali


 

 

Sinopsis:

Ceramah ini telah berlangsung pada 28 Oktober 2012

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL

Selepas Umno, Giliran MCA Untuk Sahut Cabaran Kit Siang

JOHOR BAHRU, 21 OKT : Selepas Umno gagal menjamin peralihan kuasa akan berlaku secara aman sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, kini cabaran tersebut dilontarkan kepada MCA pula.

Cabaran ini dilontarkan oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang kepada MCA yang dilihat semakin terdesak untuk menraih undi kaum Cina pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Mereka (MCA) kata ‘stability over chaos’ .

“Kita minta mereka umumkan tidak akan ada huru-hara jika berlaku perubahan pentadbiran,” katanya di hadapan 6,000 hadirin pada siri Jelajah Merdeka Rakyat semalam.

Tegasnya, Johor memainkan peranan penting dalam usaha membawa perubahan di Putrajaya, sama seperti Sabah dan Sarawak.

Lantaran itu, rakyat perlu menambah kerusi Parlimen PR di Johor  sekurang-kurangnya satu pertiga.

Pada PRU-12, Pakatan Rakyat memenangi satu kerusi Parlimen Johor di kawasan Bakri melalui calon DAP, Er Teck Hwa.

“Kalau kita mahu ke Putrajaya dan bawa perubahan, Johor adalah negeri penting.

“Sama seperti Sabah dan Sarawak. Kita kena pecahkan ‘Fixed Deposit’ BN untuk bagi peluang (memerintah),” tegas Kit Siang.

Hadir sama dan menyampaikan ucapan, Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, Exco Selangor, Xavier Jeyakumar dan Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin.

Majlis Jelajah Merdeka Rakyat mendapat sambutan positif masyarakat setempat meskipun berlangsung dalam cuaca dingin.

Turut diumumkan jumlah kutipan derma orang ramai berjumlah RM8,492.

Video Ceramah Mega – Sempena Konvoi Royalti ke Putrajaya


 

Sinopsis:
Ceramah Mega Sempena Konvoi Royalti ke Putrajaya ini telah disiarkan secara langsung pada 2 Oktober 2012 jam 9.30 malam dari Dataran Kemerdekaan Shah Alam menerusi laman http://www.selangorkini.net

Video Ceramah Perdana – Tsunami Politik Sabah dan Konspirasi Air Selangor (DUN Sijangkang)

 

 


Sinopsis:
Rancangan ini telah disiarkan secara langsung oleh TVSelangor pada 6 September 2012 di Padang Awam, Taman Rambai Indah Batu 13, Kg Sungai Rambai, DUN Sijangkang, Selangor.

Categories
NASIONAL

Video Debat PRU13 – Orang Muda Pilih Siapa ?

Debat PRU13 – Orang Muda Pilih Siapa (Pusingan Pertama)

 
Debat PRU13 – Orang Muda Pilih Siapa (Pusingan Kedua)

 
Debat PRU13 – Orang Muda Pilih Siapa (Pusingan Ketiga)

Sinopsis:
Debat ini telah disiarkan secara siaran tertunda pada 19 Julai 2012, jam 9 malam. Ia telah dirakamkan dari Auditorium Karangkraf, Seksyen 16, Shah Alam Selangor bermula jam 520petang

Categories
NASIONAL

Video Rangkuman Ceramah Perdana MERDEKA RAKYAT (Jalan Kebun)

CERAMAH PERDANA Merdeka Rakyat Jalan Kebun 18072012 – Anwar Ibrahim

 

CERAMAH PERDANA Merdeka Rakyat Jalan Kebun 18072012 – Zuraida Kamaruddin

 

CERAMAH PERDANA Merdeka Rakyat Jalan Kebun 18072012 – Teo Nie Ching

 

Sinopsis:
Ceramah ini telah disiarkan secara langsung pada 18 Julai 2012 bermula jam 9 malam di Padang Rakyat, Kg Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor