Pendapat orang ramai : Wifi Smart Selangor


Apakah rakyat Selangor tahu akan kewujudan Wifi Smart Selangor?

Kemaskini portal MES, elak kekeliruan rakyat

Laman sesawang Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) perlu dikemaskini bagi membolehkan pengguna mendapatkan informasi terkini berkenaan maklumat Kerajaan Negeri.

Categories
SELANGOR

Rakyat patut ambil manfaat program kebajikan MES

Oleh: AFEEQA AFEERA

KLANG, 2 NOV : Isteri Dato’ Menteri Besar, Shamshida Taharin mengajak seluruh rakyat khususnya golongan wanita mengambil manfaat pelbagai program agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) disediakan Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, antara program ditawarkan adalah pemeriksaan kesihatan secara percuma bagi membantu individu kurang bernasib baik mendapatkan rawatan daripada pakar.

Shamsidar serah hamper sempena Deepavali (1)“Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat (PR) menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma di mana mereka hanya perlu mengisi borang untuk dapatkan rawatan.

“Gunakanlah peluang ini sebaik mungkin kerana apa sahaja program disediakan untuk membantu rakyat,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Deepavali anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) di Bukit Tinggi, pagi tadi.

Pada masa sama, beliau turut mengemukakan hasrat melaksanakan program ziarah medik bersama Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi bagi membolehkan mereka turun padang dan memberikan rawatan kesihatan kepada pesakit yang hilang upaya.

Katanya, program itu masih dalam perbincangan dan akan dilaksanakan dalam waktu terdekat bagi memastikan rakyat Selangor menerima perkhidmatan terbaik.

Shamsidar serah hamper sempena Deepavali (3)“Kita akan turun ke kawasan tertentu untuk membawa ubat serta peralatan bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan memandangkan ramai di kalangan kita yang hilang upaya.

“Saya harap ia dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan,” katanya lagi.

Dalam majlis pagi tadi, Shamshida turut menyerahkan bantuan hamper dan wang ringgit sejumlah RM100 kepada 30 wanita yang kebanyakannya terdiri daripada ibu tunggal sempena sambutan Deepavali baru-baru ini.

PEKAWANIS adalah persatuan yang menumpukan kepada gerak kerja kebajikan serta menguruskan rumah kebajikan di Shah Alam untuk wanita muda yang menghadapi masalah, selain menguruskan pusat dialisis di Klang.

Setiap kali sambutan perayaan, persatuan terbabit akan menyumbangkan RM3,000 untuk diagihkan kepada wanita atau keluarga miskin di setiap DUN.

EZY

Categories
SELANGOR

Warga emas DUN Sabak perlu segera daftar MES

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 14 OKT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Sallehen Mukhyi menasihati warga emas kawasan terbabit supaya mendaftar dengan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang ditawarkan Kerajaan Selangor.

Sallehen dalam ucapannya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Warga Emas di Dewan Melor, Rumah Rehat Sabak Bernam, baru-baru ini turut mengingatkan kepada semua supaya membuat persediaan daripada sekarang.

Katanya, warga emas juga boleh mendaftar sebagai Ahli Persatuan Majlis Pusat Kebajikan Malaysia (MPKM) bagi memperolehi faedah-faedah sebagai ahli.

Pic 3“Warga emas juga perlu mendaftarkan diri mulai sekarang untuk mendapat faedah yang ditawarkan. Selain itu, warga emas juga perlu menjaga kesihatan terutama pemakanan kerana kebanyakan penyakit bermula dari pemakanan yang tidak dikawal,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi MPKM Cawangan Sabak Bernam yang juga Orang Besar Daerah Sabak Bernam, Datuk Baharin Mad Akhir; Tok Penghulu Mukim Sabak, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabak Bernam dan Ahli Jawatankuasa MPKM cawangan Sabak Bernam.

Dalam program yang dianjurkan MPKM Cawangan Sabak Bernam itu, panganjur turut meraikan warga emas sekitar Daerah Sabak Bernam dengan memberikan sumbangan hamper kepada yang mendaftar sebagai ahli Majlis Pusat Kebajikan Malaysia.

Sementara itu, Sallehen bersama Unit Amal Pas kawasan Sabak Bernam berkesempatan membantu secara bergotong-royong membina asas rumah penduduk, Hairol Nizam bin Salleh di Kampung Batu 3, Sepintas.

Bantuan itu dilakukan ekoran rumah yang diduduki Hairol sudah terlalu uzur.

Pic 6Difahamkan, bahan binaan bernilai RM2,000 untuk asas rumah itu adalah sumbangan dari JKKK Batu 2 dan Batu 4, Sepintas.

Sallehen berkata, bantuan itu adalah perintis kepada program yang akan dijalankannya dan kepimpinan di DUN Sabak untuk turut sama membantu penduduk yang mempunyai rumah rosak dan kurang berkemampuan.

“Saudara Hairol Nizam pernah meminta bantuan dari Pusat Zakat tetapi tidak layak atas faktor ibu bapanya sudah berpindah ke Perumahan PPRT.

“Atas sebab ihsan, JKKK bersama penduduk kampung membantu beliau membina rumah yang baru untuk didiami melalui peruntukan yang ada,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: 4 juta rakyat terima manfaat MES

SHAH ALAM 27 JULAI: Sekitar empat juta daripada lebih 5.7 juta penduduk Selangor menerima manfaat daripada sekurang-kurangnya satu program atau skim dalam Dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemberian air percuma sehingga 20 meter padu setiap bulan adalah bantuan yang dinikmati oleh semua lapisan penduduk di rumah kediaman yang bermeter individu.

mesKatanya, golongan berpendapatan di bawah RM5 ribu sebulan juga menikmati pelbagai bantuan lagi yang disediakan.

“Misalnya, mereka layak memohon membeli rumah mampu milik yang sedang dibina di beberapa daerah.

“Bantuan dalam bentuk latihan dan kemahiran pula diberikan kepada golongan belia menganggur, ibu tunggal, orang kurang upaya, pesara dan orang Asal bagi membolehkan mereka berniaga secara kecilan atau memohon pekerjaan yang sesuai,” kata Abdul Khalid dalam Perutusan Aidilfitri.

Abdul Khalid berkata, usaha dan tindakan ini dilakukan disebabkan golongan ini terus terbeban dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang masih gagal disekat oleh pihak yang berwajib.

Mulai 2014 ini, beberapa program baharu dilancarkan. Antaranya, program memperkasa pembangunan kampung-kampung tradisi dan baru.

“Usaha ini dilakukan bagi meningkatkan pendapatan per kapita penduduk luar bandar agar setanding dengan pendapatan penduduk di bandar-bandar.

“Tambahan pula kajian kami mendapati program pembangunan luar bandar oleh Kerajaan Pusat gagal meningkatkan pendapatan rakyat kampung atau desa,” kata Abdul Khalid.

EZY

Categories
SELANGOR

Audit MES: Kerajaan Selangor bersama SPRM perangi rasuah, salah guna kuasa

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 16 JUL: Kerajaan Selangor sudah memeterai perjanjian dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan tata kelola tadbir urus kerajaan negeri dijalankan dengan telus dan berintergiriti.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini termasuk proses mengaudit perbelanjaan Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang sedangkan dijalankan di seluruh pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen dan Pejabat Penyelaras DUN seluruh Selangor ketika ini.

MB“Audit dilakukan Bendahari Negeri dan juga audit dalaman kerajaan negeri sebab itu proses tatacara dia adalah tatacara yang dibuat seperti mana Jabatan Audit Negara.

“Kita sudah membuat perjanjian persefahaman SPRM dalam usaha menentukan tatacara pengurusan negeri dibuat dengan betul dan tertib.

“Adakalanya SPRM akan bersama audit negeri dalam menjalankan penyelidikan yang tujuannya menolong negeri dalam menentukan usaha dijalankan kerajaan negeri ini dapat mengurangkan kejadian rasuah dan salah guna kuasa,” kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri menjalanan kerja audit terhadap program-program MES di pejabat ADUN dan Ahli Parlimen seluruh Selangor bagi memastikan keberkesanan program itu dan sampai kepada golongan sasaran.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB) membuat laporan SPRM terhadap beberapa pejabat ADUN dan Ahli Parlimen yang dikatakan terdapat penyelewengan dalam menguruskan dana MES yang disalurkan untuk masyarakat tempatan melalui pejabat masing-masing.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Audit perbelanjaan MES, elak ketirisan

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 2 JULAI : Jabatan Audit Negeri Selangor diarahkan menjalankan audit di seluruh pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Penyelaras DUN dan Ahli Parlimen Selangor bagi memantau penggunaan peruntukan kewangan untuk program kebajikan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ia bertujuan untuk memudahkan Kerajaan Negeri memeriksa keberkesanan program kebajikan yang telah dijalankan sejak tahun 2008.

MB“Ia juga bagi memantau peruntukan yang telah dibelanjakan bagi mengurangkan risiko ketirisan dan memastikan bantuan yang diberikan diterima oleh penerima yang benar-benar layak,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Khalid menyeru supaya semua Adun, Pengawai Penyelaras DUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang menerima peruntukan untuk program kebajikan MES memberi kerjasama sepenuhnya bagi melancarkan kerja-kerja pengauditan.

“Hasil laporan audit ini akan dihantar kepada Majlis Tindakan Integriti Negeri Selangor untuk dibuat rumusan dan membaiki sebarang kelemahan bagi meningkatkan lagi keberkesanan program-program kebajikan ini,” katanya lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Pembinaan ‘billboard’ bernafas baru, tingkat penerangan MES

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 17 JUN: Kerajaan Negeri menyediakan 44 papan iklan besar (billboard) seluruh negeri untuk menerangkan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata sehingga kini terdapat 13 papan iklan berkenaan yang rosak dan menjadi mangsa vandalisme dan perlu dibaiki serta diganti.

Katanya, antara lokasi yang dikenal pasti adalah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang, Sungai Panjang, Hulu Klang, Bukit Antarabangsa, Damansara Utama dan Sri Muda.

m_04billboard“Kita sediakan peruntukan kos RM130,000 bagi mendirikan semula papan iklan besar yang rosak iaitu RM13,000 setiap satu.

“Sementara itu, RM1,600 pula diperuntukkan bagi setiap papan iklan untuk menggantikan visual yang berukuran 10′ x 40′,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada ADUN Taman Templer, Zaidy Abdul Talib berhubung papan iklan besar yang diperuntukkan bagi setiap DUN untuk MES.

mb dewanPada masa sama, Abdul Khalid (PKR Pelabuhan Klang) juga memaklumkan beberapa pembaharuan turut akan dilakukan pada papan iklan besar yang akan didirikan nanti.

“Terdapat juga masalah cara pembinaan yang tidak betul dan mesti diperbaiki supaya papan iklan itu tidak tumbang, yang mana kita akan selesaikan itu.

“Ada juga yang komen gambar yang terletak di papan iklan itu sudah enam tahun tidak berubah, jadi kita akan lakukan perubahan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Haniza : Program MES perlukan pendedahan lebih meluas

Oleh: Norfarahidayu Baharudin

PETALING JAYA 15 MAC : Rakyat perlu diberikan pendedahan yang lebih meluas terhadap peluang yang boleh diperolehi dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan sejak tahun 2008.

Pendedahan ini penting untuk rakyat bagi merasai faedah dan kelebihan berada di bawah negeri pemerintahan Pakatan Rakyat.

IMG_6487a“Pusat khidmat bergerak untuk setiap DUN diperlukan dengan kita pergi kepada rakyat untuk kita jelaskan mengenai MES supaya sama-sama dapat merasakan faedah,” katanya.

Selaku ADUN Taman Medan, Haniza Talha telah mempraktikkan pusat khidmat bergerak kerana beliau yakin ini adalah cara mudah untuk mendekati rakyat.

Haniza yang ditemui ketika Majlis Penyerahan Khairat Kematian RM1,500 fasa kedua untuk 170 penerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Dewan Serbaguna MBPJ.

“Kerajaan Pakatan Rakyat sangat bertanggungjawab dan cekap menguruskan kewangan dan sumber hasil negeri Selangor.

“Kalau sebelum ini rakyat tidak pernah merasai kelebihan sebegini ketika pemeritahan kerajaan BN, jadi inilah masanya untuk kita menghargai rakyat terutama golongan warga emas,” katanya.

Tambahnya, terdapat perancangan untuk menambah program yang melibatkan warga emas yang masih lagi didalam perbincangan.

“Kami ada mencadangkan agar warga emas ini dihargai dengan meraikan sambutan kelahiran bersama mereka namun cadangan itu masih didalam perbincangan dan saya berharap cadangan itu diterima,” katanya.

Sementara itu, turut hadir ke majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif Rantaian Mesra Sdn bhd, Kamsani Nasir untuk memberikan penerangan kepada orang ramai yang hadir mengenai info terbaru yang terdapat didalam program MES.

“Ramai dikalangan kita yang masih keliru dengan program MES dan masih ada yang tidak tahu wujudnya beberapa program yang boleh mereka terlibat bersama.”

“Kebanyakkan generasi muda lebih terdedah dengan program MES berbanding mereka yang berada didalam lingkungan generasi pertengahan dan warga emas. Ini sangat menyedihkan,” katanya.

Majlis yang berlangsung di Petaling Jaya itu melibatkan penerima SMUE dari Parlimen seputeh dan tujuh kawasan DUN iaitu Taman Medan, Seri Setia, Subang Jaya, Kinrara, Seri Kembangan, Seri Serdang dan Bukit Gasing.

EZY

JURNAL BERITA – MB: Kes fitnah Anwar, episod hitam kehakiman negara

1. MB: Keputusan Mahkamah Rayuan episod hitam institusi kehakiman negara

2. MB: ‘Mala fide’ BN terhadap Anwar leburkan semangat muafakat

3. MB mahu percepat semua proses Program MES

4. MB : Program Pemberian Insentif Bas Sekolah, bantu kurang beban ibu bapa

5. MB : Ada pihak ‘terkilan’ tidak dibawa dalam MoU Air

6. Khalid perjelas isu MB perlu rujuk Istana, Exco

7. Keputusan terhadap Anwar menjijikkan, MB ajak perjuang keadilan

8. Anwar: 12 calon untuk PRK Kajang

9. Anwar: Jadikan Selangor model Pakatan terajui Putrajaya

10. Anwar: ‘Kalau saya tidak boleh tanding, habiskah? Tidak’

11. Hannah: PR tidak perlu ikut rentak perkauman Umno-BN

12. Azmin bertukar nada, sekarang sokong kepentingan MoU air

Categories
SELANGOR

MB : Program kerajaan negeri dilaksana sebelum PRK Kajang

Oleh : AFEEQA AFEERA

KAJANG, 9 MAC: Kerajaan negeri menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan program Mesra Rakyat serta agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) hanya dipergiatkan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang akan berlangsung, pada 23 Mac ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata program yang dianjurkan itu adalah kesinambungan daripada program sebelumnya yang dilaksanakan, sejak tahun 2008.

Katanya, beliau tidak menghalang jika kerajaan pusat turut mempunyai program sama untuk kepentingan dan manfaat rakyat di Selangor.

Abdul Khalid“Kalau diteliti, kita lakukan (program) sebelum penamaan calon kerana ia bukan baru tetapi sambungan program sebelumnya seperti Mesra Rakyat yang telah berlaku, sejak tahun 2011 lagi.

“Kita tak halang kalau kerajaan pusat buat program sebegini tetapi program kerajaan negeri dibuat sebelum penamaan calon dan ia adalah berterusan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Jom Bersih di Taman Jenaris, di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, selepas penamaan calon, kempen untuk program kerajaan negeri akan dihentikan buat seketika bagi memberi tumpuan kepada PRK Kajang.

“Selepas penamaan calon, ada kempen pancing undi,” katanya.

-NFN-

MB : mahu percepat semua proses Program MES

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan Kerajaan Selangor akan mempercepatkan segala proses membabitkan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri akan menambah peruntukan bagi menjayakan lagi program MES dan ia bakal diberikan keutamaan kepada kepada usahawan wanita untuk meluaskan perniagaan mereka.