Categories
NASIONAL

Siasatan FELDA: Polis akan panggil VIP

PUTRAJAYA, 10 APRIL: Polis akan memanggil beberapa orang kenamaan (VIP) bagi membantu siasatan berkaitan Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Katanya, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah membuka kertas siasatan selepas Ketua Pengarah Felda, Datuk Dr Othman Omar membuat laporan polis pada Isnin mendakwa ditipu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembelian saham syarikat Indonesia, Eagle High Plantations (EHP).

“Panggil VIP itu normal. Kalau tidak bagaimana hendak lengkapkan kertas siasatan,” katanya ketika ditanya media sama ada mana-mana VIP akan dipanggil untuk siasatan selepas menyampaikan ucaptama pada APAC Policetech Conference & Exhibition, di sini hari ini.

Menurut laporan media, Othman dalam laporan polisnya mendakwa Najib yang juga Menteri Kewangan ketika itu mengarahkan FELDA membuat transaksi pada 2015 melalui syarikat tujuan khas (SPV) FIC Properties Sdn Bhd (FPSB) untuk membeli 37 peratus saham EHP pada harga AS$505 juta (RM2.3 bilion) di mana nilai saham itu hanya AS$114 juta.

Pada sidang media itu juga, Mohamad Fuzi melahirkan rasa kesal dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang mendakwa polis tidak memberi kerjasama penuh dalam kes dakwaan kehilangan paksa paderi Raymond Koh dan aktivis sosial Amri Che Mat.

“Saya sudah sebut banyak kali polis akan beri kerjasama penuh. Dakwaan bahawa polis tidak beri kerjasama adalah satu tohmahan,” katanya.

Pada 3 April lalu, Suhakam mengeluarkan satu laporan susulan inkuiri 18 bulan berhubung beberapa kes kehilangan orang dan laporan itu membuat kesimpulan bahawa polis Cawangan Khas terbabit dalam “kehilangan paksa” Koh dan Amri masing-masing pada 2016 dan 2017.

Mohamad Fuzi yang dijadualkan bersara sebagai Ketua Polis Negara bulan depan, adalah Ketua Cawangan Khas ketika itu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan akan membuka siasatan baharu susulan laporan kesimpulan Suhakam itu. -BERNAMA

JURNAL BERITA – Kementerian Pertahanan masih membisu, belum beri jawapan isu pembenihan awan

1. Selangor kesal laporan tidak benar isu air, undang gelisah rakyat

2. Kerajaan Negeri tunai janji, 90 penduduk Bestari Jaya terima geran tanah

3. Abdul Khalid yakin menang jawatan Timbalan Presiden PKR

4. Universiti boleh analisis keselamatan air lombong, elak pertikaian

5. MB ucap takziah kehilangan AllahyarhamMB

6. Kementerian Pertahanan masih membisu, belum beri jawapan isu pembenihan awan

7. GST: Pemerintah baik cari ulama, ulama tak baik ghairah dekati pemerintah

8. Negeri PR perlu terus semangat reformasi, elak jadi versi BN

9. JPP belum terima bantahan rasmi keputusan minggu pertama pemilihan

10.Fuziah: “Bangkai gajah tidak boleh ditutup selama-lamanya, JPP perlu bertindak”

11.Malaysia Airports pilih bulu, utama VIP daripada rakyat marhain

12.110 peniaga pasar pagi Sri Muda bakal berpindah ke lokasi baru 2016

13.BERSIH gesa pertuduhan Thomas Fann digugurkan, perlu kaji semula APA

14.Dr Syed Husin: Sosma jelmaan semula ISA, undang-undang zalimi rakyat

15.BN sabotaj keamanan negara, tingkat ketegangan kaum

16.AKTIVITI YB: 80 golongan muda sertai konvoi ARC Gombak