Categories
NASIONAL SELANGOR

Sambutan Luar Biasa Rakyat, Artis Teruja

DSC_3811

SHAH ALAM 1 JAN : Barisan artis yang hadir di Sambutan Ambang 13 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam semalam, rata-rata teruja dengan sambutan yang meriah diberikan oleh penduduk Selangor.

Bukan sahaja teruja tetapi kebanyakkan mereka juga gugup apabila berada di tengah-tengah lautan manusia yang hadir lebih 140,000 orang untuk bersama-sama memeriahkan majlis.

Malah mereka turut memuji penganjuran program yang bersifat ilmiah dalam usaha mempertingkatkan pembangunan modal insan.

Program Jom Santai bersama GeMS, Generasi Idaman Selangor itu diadakan dengan pendekatan menyambut tahun baru dengan tema keagamaan serta bersifat santai.

Pelakon, Kamal Adli berkata beliau sudah lama teringin untuk menghadiri program sedemikian lebih lagi berpeluang untuk ditemuramah oleh seorang Ustaz popular, Ustaz Azhar Idrus.

DSC_3819Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor berkata sambutan yang diberikan oleh penduduk di negeri itu ternyata luar biasa.

“Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Selangor berjaya mengumpulkan lautan manusia untuk ke program keagamaan seperti ini. Inilah yang dikatakan benar-benar Islam,” katanya.

wan-zackPemain Bola Sepak negara, Wan Zack Haikal Wan Noor berkata kehadiran pengunjung ke sambutan itu sangat ramai sehingga beliau mula berasa kekok untuk berada di atas pentas.

“Kekok rasa, gugup pun ada kerana semasa beraksi di padang saya rasa tidak melihat sebegini ramai,” katanya.

“Jarang kita lihat mana-mana penganjur yang akan membuat program sebegini, biasanya lebih kepada hiburan dan hari ini kita dapat lihat ramai anak muda yang hadir,” kata Panel tazkirah dalam slot maghrib, Ustaz Norisham Daud.

yb-selangor-tahun-baru