Categories
AGENDA NASIONAL

Wawasan 2020: Malaysia capai banyak kemajuan

KUALA LUMPUR, 6 JAN: Walaupun Wawasan 2020 tidak mencapai sepenuhnya seperti dirancang, namun Malaysia mencapai banyak kemajuan dan perubahan berbanding ketika wawasan itu dilancarkan pada 1991, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Walaupun kita tidak capai sepenuhnya tetapi sedikit sebanyak kita capai Wawasan 2020. Kalau dibandingkan Malaysia hari ini dan Malaysia di waktu kita melancarkan wawasan ini pada 1991, kita akan lihat perbezaannya.

“Rakyat lebih makmur, negara lebih makmur dan pembangunan sudah terlihat jelas di seluruh negara, infrastruktur yang lebih baik. Hakikatnya banyak daripada Wawasan 2020 ini sudah dicapai,” katanya dalam segmen Kool Talk di saluran radio Kool fm, pagi ini.

Dr Mahathir berkata apa yang berlaku, Malaysia belum sampai ke tahap yang boleh dikatakan sebagai negara maju kerana ada bidang-bidang tertentu yang kita masih ketinggalan.

Tun Dr Mahathir Mohamad. Foto BERNAMA

“Dan inilah yang menyebabkan kita akui kita tidak mencapai Wawasan 2020,” katanya.

Perdana Menteri berkata Wawasan 2020 bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara maju, dengan mengatasi sembilan cabaran.

“Untuk menjadi negara maju ini, kita ingin mengatasi sembilan cabaran Wawasan 2020 iaitu negara yang bersatu, masyarakat berjiwa bebas, masyarakat demokratik, masyarakat bermoral dan beretika, masyarakat liberal, masyarakat progresif dan saintifik, masyarakat penyayang, masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi serta masyarakat makmur.

“Inilah tujuan kita, yang kalau kita mencapai tujuan sembilan ini, maka kita akan dianggap sebagai negara maju selain daripada kemajuan dalam bidang lain seperti pelajaran, teknologi, sosial, ekuiti dan sebagainya,” katanya.

Dr Mahathir berharap masyarakat memahami apa sebenarnya cabaran yang digariskan dalam Wawasan 2020 itu.

“Saya harap tidak ada pihak lagi yang bercakap bahawa Wawasan 2020 ini bermakna ada kereta bermotor yang boleh terbang. Itu bukan wawasan kita, itu adalah kemajuan yang dicapai mungkin di negara lain,” katanya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Wawasan 2020 terbantut kerana kegagalan kerajaan terdahulu

KUALA LUMPUR, 5 OKT: Negara gagal mencapai impian Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun depan ekoran kesilapan strategi yang dijalankan kerajaan terdahulu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Wawasan 2020 tidak dicapai kerana sejak 15 tahun lalu, strategi dan dasar yang salah diberi penekanan oleh kerajaan sebelum ini.

“Mereka tidak memberi tumpuan ke arah mencapai (matlamat) Wawasan 2020 bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara maju mengikuti definisi kita sendiri menjelang tahun 2020,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 di sini hari ini.

Dr Mahathir yang memperkenalkan Wawasan 2020 pada 1999 semasa beliau menjadi perdana menteri ketika itu, berkata berikutan kegagalan pentadbiran sebelum ini, kerajaan yang ada sekarang tidak dapat menyatakan secara pasti bahawa Malaysia akan muncul sebagai sebuah negara maju menjelang tahun depan.

Pentadbiran sekarang akan menempatkan dasar dan strategi ke arah menjadi sebuah negara maju menerusi pengenalan WKB 2030, yang baru dilancarkan, yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

“Ia akan lebih baik daripada Wawasan 2020 kerana setiap orang akan menikmati kemakmuran,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata WKB2030 yang tertumpu kepada agihan bersama akan memberi tumpuan kepada aspek latihan berbanding ‘pemberian’ khususnya kepada golongan miskin.

“Untuk ini kita akan pilih mereka yang akan dapat peluang iaitu mereka yang ingin dan bersemangat tinggi untuk berusaha memperbaiki diri mereka…mereka itu akan dibantu.

“Kalau mereka tidak punyai pengalaman, tidak punyai pelajaran ataupun idea berkenaan kerja yang nak dilakukan, kita akan latih mereka,” katanya.

Menurut perdana menteri, golongan miskin didapati tidak faham cara pengurusan kewangan serta menganggap wang sebagai alat untuk membeli semata-mata dan bukan sebagai modal perniagaan.

“Kita juga akan perkenalkan perniagaan kecil yang boleh diurus oleh mereka dan saya yakin kali ini mereka akan mencapai hasil yang baik.

“Bukan seperti dahulu kita beri peluang, dijualnya peluang. Kita beri kontrak, dijualnya kontrak, kita beri lesen dijualnya lesen, bagi AP (lesen import dan lesen eksport)… jual AP, akhirnya mereka kekal miskin,” katanya.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Tun M: Wawasan 2020 boleh dicapai pada 2025

TOKYO 12 JUN: Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengilhamkan Wawasan 2020 menyatakan matlamat wawasan itu hanya dapat dicapai menjelang tahun 2025 atau mungkin lebih awal lagi.

Dr. Mahathir berkata, kelewatan itu berpunca daripada pelaksanaan dasar yang tidak sesuai dengan usaha mencapai aspirasi Wawasan 2020.

Dengan hanya dua tahun lagi menjelang tahun 2020, Dr. Mahathir menyuarakan keraguan tentang kemampuan Malaysia mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi pada masa itu.

“Walaupun kita bekerja keras siang dan malam, saya tidak fikir kita boleh mencapainya pada tahun 2020.

“Mungkin ia akan (mengambil masa) agak lama daripada itu, mungkin tahun 2025 atau mungkin lebih (awal) jika kita mengamalkan dasar yang betul,” kata beliau pada Persidangan Antarabangsa ke-24 mengenai Masa Depan Asia atau Persidangan Nikkei di sini, semalam.

Dr. Mahathir merupakan Perdana Menteri keempat Malaysia semasa beliau mengilhamkan Wawasan 2020 pada tahun 1991 bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju ketika itu.

Beliau menjadi Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga 2003.

Dr. Mahathir kini dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Jepun termasuk untuk menghadiri Persidangan Nikkei itu.

SUMBER: BERNAMA

Categories
NASIONAL

Tun M dakwa TN50 ‘ciplak’ Wawasan 2020

SHAH ALAM, 3 JAN: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak ‘menciplak’ Wawasan 2020.

Beliau mendakwa TN50 secara tidak langsung menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Najib cuba mengalih perhatian umum ekoran kegagalan merealisasikan konsep Wawasan 2020 yang diperkenalkan sejak awal 90-an.

“Mereka (BN) cuba mengalih pandangan umum daripada Wawasan 2020 yang mana Najib tahu dia tidak akan jadi perdana menteri masa itu.

“Itu sebabnya dia letakkan TN50 ini 30 tahun lebih daripada sekarang,” katanya dalam sidang media di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, lapor Astro Awani.

Dr Mahathir memperkenalkan konsep Wawasan 2020 sebagai usaha menjadikan Malaysia negara perindustrian dan negara maju menjelang 2020 sewaktu menjadi perdana menteri antara 1981 hingga 2003.

Bagaimanapun, Pengerusi Pakatan Harapan (PAKATAN) itu berkata, gabungan itu mempunyai cara merealisasikan Wawasan 2020 jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Kita mempunyai cara untuk menjayakan Wawasan 2020, (tetapi) mungkin terlewat sedikit kerana kita kehilangan hampir sembilan tahun,” katanya merujuk kepada kegagalan pembangkang memenangi PRU, pada 2008.

Terdahulu, Najib menolak pandangan TN50 imeniru konsep Wawasan 2020, sebaliknya menyatakan ia adalah satu kesinambungan.

 

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Wawasan 2020: Ungkapan ‘mantera’ hilang sakti

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 5 OGOS: Gagasan bangsa Malaysia termaktub dalam dasar Wawasan 2020 yang pernah diumumkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini semakin sukar dicapai.

Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Dato’ Dr Siddiq Fadzil, berkata pembinaan gagasan itu berada pada tahap kritikal ekoran pemahaman lemah masyarakat berkenaannya.

“Setelah hampir 60 tahun (merdeka), kita masih berbicara berkenaan perpaduan kaum dan integrasi nasional tetapi belum yakin untuk bicara soal bangsa Malaysia.

“Satu ketika (dulu) kita agak serius bicara berkenaannya dengan Wawasan 2020 menjadi ungkapan sakti, namun kini ia ibarat mantera hilang sakti,” katanya pada program Wacana Kenegaraan Pembinaan Bangsa Malaysia: Aspirasi dan Realiti di Carlton Hotel, di sini, malam tadi.

Dr Siddiq berkata, masyarakat Malaysia masih tidak memahami konsep sebenar konteks perjuangan bangsa walaupun selepas lebih sedekad negara mencapai kemerdekaan.

DSC_6681 KecilKatanya, kegagalan itu mendorong kepada pemahaman sebenar yang perlu difahami segenap masyarakat terhadap pembentukan bangsa Malaysia bersatu.

“Kita ada rakyat Malaysia, warga Malaysia tetapi kita masih belum wujud secara nyata berkenaan lahiriah bangsa Malaysia.

“Kelemahan inilah harus kita tangani kerana dalam dasar wawasan itu disebut sebagai bangsa Malaysia dan sejahtera.

“Fokusnya memastikan tahap intergrasi dan etniknya menikmati kehidupan secara saksama menerusi persamaan hak dan keadilan,” katanya.

-AA-

Persepsi Anak Muda : Menangani Kos Sara Hidup Menjelang Wawasan 2020 Bahagian 4

Persepsi Anak Muda : Menangani Kos Sara Hidup Menjelang Wawasan 2020 – 15 April 2016

Persepsi Anak Muda : Menangani Kos Sara Hidup Menjelang Wawasan 2020 Bahagian 3


Persepsi Anak Muda : Menangani Kos Sara Hidup Menjelang Wawasan 2020 – 15 April 2016

Persepsi Anak Muda : Menangani Kos Sara Hidup Menjelang Wawasan 2020 Bahagian 2

Persepsi Anak Muda : Menangani Kos Sara Hidup Menjelang Wawasan 2020 – 15 April 2016

Categories
NASIONAL

Wawasan 2020 sukar dicapai

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 3 DIS: Wawasan 2020 diperkenalkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 1991 sukar dicapai berdasarkan situasi semasa negara ketika ini.

Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata pencapaian ekonomi yang merosot dalam tempoh 15 tahun hingga masa ini selepas ia direncanakan memberi gambaran bahawa apa disasarkan kian menyimpang.

wawasan2020Katanya, sasaran ditetapkan kerajaan Barisan Nasional (BN) berkembang pada tahap tujuh peratus setiap tahun tidak pernah dipenuhi.

“Daripada 2000 hingga 2015, kita sudah ada tiga rancangan Malaysia dan terbaharu 2016 hingga 2020 Rancangan Malaysia ke-11. Tiada satu rancangan Malaysia pun dalam tempoh 15 tahun yang mana sasaran itu dicapai.

“Kalau dibanding dengan sasaran Wawasan 2020, dengan tujuh peratus setiap tahun tidak pernah dicapai, lima tahun akan datang saya rasa agak mustahil untuk dicapai atas pencapaian angka ekonomi.

“Saya boleh jawab agak mustahil untuk kita mencapai sasaran ekonomi Wawasan 2020,” katanya.

wawasan 2020 1Beliau berkata demikian selaku panelis dalam Forum Masa Depan Malaysia Ke Arah Wawasan 2020 #Mampukah Kita? anjuran Overseas Academic Tour Club Universiti Selangor (Unisel) di sini, semalam.

Majlis terbabit juga menampilkan panelis, Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Moderator, Mohd Naim Saiful Bahari.

Dari segi dari pencapaian pendidikan, beliau berkata, Malaysia satu ketika dahulu menghampiri rapat Korea Selatan kini ketinggalan jauh dibandingkan dengan Vietnam pada kedudukan kelapan di dunia.

Katanya, begitu juga ukuran hubungan masyarakat masa kini dan perlu diakui menjadi semakin retak berbanding dengan 10 atau 15 tahun lalu.

“Begitu juga berkaitan persepsi rakyat mengenai masa depan negara, golongan muda kini sudah tentu tidak berasa yakin dengan masa depan berbanding saya ketika remaja dahulu ketika Wawasan 2020 mula diperkenalkan.

“Kalau dilihat begitu bagi saya tidak lagi penting pun untuk menjawab soalan boleh atau tidak untuk mencapai Wawasan 2020 kerana kita semua tahu ia tidak akan tercapai,” katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, apa yang penting rakyat Malaysia harus merencana kembali sasaran inggin dicapai untuk 30 atau 40 tahun akan datang melalui situasi buruk dihadapi masa kini.

EZY