Wacana Peranan Muslim Demokrat 1/3

World Forum for Muslim Democrats menghimpunkan tokoh-tokoh demokrasi beragama Islam dari serata dunia membincangkan cabaran ummah masa hadapan.

Acara yang dipilih Selangorku.com untuk dipertontonkan kepada umum ialah wacana Peranan Muslim Demokrat yang menemukan Setiausaha Agung Sekretariat ASEAN, Dr Surin Pitsuwan, Pengarah Eksekutif The Habibie Center , Ima Abdulrahim, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr MAszlee Malik, Ahli PArlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Pengarah Eksekutif Pusat Kajian PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad dan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar, Khalid Jaafar

Wacana Peranan Muslim Demokrat 3 3

Wacana Peranan Muslim Demokrat 2/3

Ucapan Dato’ Menteri Besar Mohamed Azmin Ali di World Forum for Muslim Democrats

World Forum for Muslim Democrats menghimpunkan tokoh-tokoh demokrasi beragama Islam dari serata dunia membincangkan cabaran ummah masa depan.

Categories
NASIONAL

Dr Maszlee: Islam dalam politik lahirkan lebih ramai musuh

Oleh AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 3 NOV: Penganalisis Politik Tempatan dan Antarabangsa, Dr Maszlee Malik berpandangan masa depan berada dalam tangan keterbukaan masyarakat dan bukannya berada parti politik Islamis.

Hal ini kerana kebanyakan parti politik berteraskan Islam lebih berbentuk esklusif atau dianggotai orang tertentu.

“Apabila kita meletakan Islam dalam politik, kita melahirkan ramai musuh daripada kawan,” katanya dalam World Forum For Muslim Democrats.

Malah katanya, pergerakan Islam seharusnya mengelakkan mencipta imej Islam yang esklusif.

Hal ini kerana Rasulullah SAW sendiri bukan seorang pemimpin yang cuba mencipta identiti negera Islam yang esklusif.

Dalam pada itu Maszlee berkata, parti politik Islam berdepan dengan dilema sama ada untuk memisahkan bahagian organisasi mereka yang menumpukan kepada kerja dakwah dan kerja politik.

Keadaan ini dihadapi sendiri seperti parti politik Ennahda Tunisia.

Sebelum itu, bekas Setiausaha Agung Asean, Dr Surin Pitsuwan berkata, toleransi dan rendah diri merupakan dua ciri penting yang perlu ada di dalam seorang Demokrat Muslim.

Katanya, Islam merupakan agama yang menitikberatkan soal keamanan.

Categories
NASIONAL

Penjara tempat menghukum pesalah, bukan musuh politik

 Oleh AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 3 NOV: Membebaskan musuh politik dari penjara dan institusi media merupakan antara agenda awal Bacharuddin Jusuf Habibie selepas diangkat menjadi Presiden Indonesia ke-3.

Bacharuddin, yang lebih mesra dikenali sebagai BJ Habibie, menggantikan autokrat Soeharto pada 1998 seraya membuka laluan kepada usaha menyemai demokrasi yang subur di negara ke-15 terbesar di dunia itu.

Menurut Pengerusi The Habibie Center, Dr Ahmad Watik Pratiknya, penjara hanya tempat untuk menghukum pesalah dan bukannya musuh politik.

Malah tiada sekatan terhadap media juga sebaliknya rakyat bebas membuat demonstrasi asalkan tidak berlakunya sebarang jenayah.

“Pada dasarnya dalam kehidupan mempunyai hak dan kewajipan yang sama.

“Terdapat perbezaan pandangan atau strategi politik adalah sebahagian daripada dialog yang perlu dikembangkan tanpa perlu menekan secara fizikal mahupun minda dengan menyekat media,” katanya.

Dalam pembentangan di World Forum For Muslim Democrats mengenai Peralihan Demokrasi Berdasarkan Pengalaman Indonesia beliau menjelaskan, sebarang bentuk penerbitan media kini tidak lagi perlu memohon lesen sejak tahun 1998.

Bagi Habibie, keperluan sebenar rakyat didahulukan dan cuba dipenuhi sebaiknya. Isu seperti integriti media contohnya, beliau percaya rakyat Indonesia mampu menghakimi kualiti paparan agensi media.

Beliau memfokuskan penyelesaian masalah negara tanpa mengabaikan soal keagamaan dan susun letak Indonesia sebagai negara penting di pentas dunia.

Tugas dan tanggungjawab tentera dan polis di susun semula supaya lebih jelas dan tidak mengganggu satu sama lain.

Bahkan, dibawah Habibie juga, 48 parti politik baru bertanding dalam pilihan raya pada tahun 1999 membawa aspirasi 252 juta rakyatnya yang tersebar di 33 wilayah.