Categories
AGENDA NASIONAL

Sultan Selangor berkenan terima zakat bernilai RM26.6 juta

SHAH ALAM, 25 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan menerima bayaran zakat bernilai RM26.6 juta bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Selangor Royal Office menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menerima zakat di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Sebanyak lapan syarikat korporat menunaikan zakat perniagaan manakala lima individu menunaikan zakat pendapatan dalam majlis tersebut.

Antara syarikat korporat terlibat ialah Central Sugars Refinery Sdn Bhd, DRB-Hicom Bhd, Sirim Bhd dan Padiberas Nasional Bhd.

Turut hadir pada majlis ini ialah Pengerusi LZS Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail.

Categories
AGENDA NASIONAL

Sultan Selangor berkenan terima zakat niaga RM20.05 juta

SHAH ALAM, 22 NOV: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada tujuh syarikat korporat bernilai RM20.05 juta.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menerima zakat bagi tahun kewangan berakhir 2020 dan 2021 di
Bilik Menghadap Istana Alam Shah, Klang hari ini.

Syarikat terlibat ialah UMW Holdings Bhd, Tenaga Nasional Bhd, Gas Malaysia Bhd, Pharmaniaga Bhd, Bank Rakyat, Northport (M) Bhd dan Lembaga Juruukur Tanah Malaysia.

Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Peniaga dalam talian perlu bayar zakat jika cukup syarat

KUALA LUMPUR, 22 NOV: Peniaga dalam talian, ejen pesan hantar (dropship) dan mereka yang terlibat dalam perniagaan secara dalam talian adalah golongan yang layak dikenakan zakat perniagaan, kata Penolong Pengurus Besar Dakwah Zakat, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Khairul Azhar Samsudin.

Beliau berkata peniaga-peniaga kecil perlu melaksanakan tanggungjawab zakat mereka ke pejabat PPZ-MAIWP sekiranya cukup syarat dan nisabnya.

“Dalam tempoh pandemik ini kita dapat lihat bahawa antara sektor ataupun industri yang agak melonjak adalah mereka yang terlibat dengan perniagaan dalam talian,” katanya dalam sesi temu bual yang bertajuk ‘Zakat Mengisi Perut Orang Lain’ melalui Google Meet.

Khairul Azhar berkata zakat perniagaan berbeza dengan zakat pendapatan ataupun zakat individu kerana golongan yang wajib membayar zakat perniagaan akan diberikan rebat cukai dan ia termaktub dalam Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Kelebihan bagi mereka yang membayar zakat perniagaan adalah zakat ini terhad kepada 2.5 peratus kepada pendapatan agregat sesebuah syarikat,” katanya.

Syarikat yang mempunyai pemilikan usaha sama dengan orang yang bukan Islam pula hanya perlu membayar mengikut pecahan pemilikan bagi pemilik beragama Islam sahaja.

“Sebagai contoh, dalam syarikat A terdapat dua pemegang saham Abu dan Ah Chong jadi kedua-duanya mempunyai ekuiti 50 peratus dalam syarikat A.

“Secara kesimpulannya, zakat dalam perniagaan ini dikira ke atas Abu sahaja iaitu 50 peratus, kita tidak mengambil kira ke atas Ah Chong kerana syarat wajib zakat tersebut ia haruslah beragama Islam,” katanya.

Sehubungan itu, Khairul Azhar menyeru orang ramai yang layak membayar zakat perniagaan agar melaksanakan tanggungjawab mereka kerana zakat merupakan nadi dalam menggerakkan ekonomi kepada pemberi dan penerima zakat.

Katanya, penerima zakat akan mendapat pelbagai skim bantuan antaranya skim bantuan perniagaan bagi membantu bukan sahaja mereka dan keluarga malah dalam masa yang sama dapat menyumbang kepada ekonomi negara.

Pada 15 Nov lepas, PPZ-MAIWP melancarkan kempen Year End Zakat YEZ bertujuan menggalakkan orang ramai menyegerakan tanggungjawab berzakat selewat-lewatnya pada 31 Dis ini, bagi mendapatkan rebat cukai pendapatan taksiran 2021 dan menikmati lebih 1,200 hadiah menarik.

-BERNAMA

Categories
AGENSI SELANGOR

LZS terima zakat niaga RM7.65 juta dari 24 syarikat

SHAH ALAM, 6 MEI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) kelmarin menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM7.65 juta daripada 24 syarikat korporat.

Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad mendahului senarai berjumlah RM2.77 juta, diikuti Kumpulan Perangsang Selangor Berhad sebanyak RM2.5 juta.

Sementara Maybank Islamic Bank Berhad mengeluarkan zakat sebanyak RM453,959, CIMB Islamic Bank Berhad (RM300,000) dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (RM289,813).

LZS dalam kenyataan di Facebook berkata pihaknya turut menyampaikan bantuan zakat berjumlah RM424,007 kepada pelajar asnaf dan dua pertubuhan.

“Majlis Kanser Nasional dan Persatuan Penyakit Jarang Jumpa Malaysia masing-masing menerima sebanyak RM200,000 bagi bantuan geran kos rawatan dan perubatan.

“Manakala dua pelajar asnaf iaitu Hasbe Zuliyana Hasbe Zuzaini menerima bantuan dermasiswa pengajian tinggi berjumlah RM14,000 dan RM10,007 kepada Asma`Abdul Muthalib,” kata agensi itu.

Majlis yang berlangsung di sebuah hotel di sini dihadiri Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS Saipolyazan M. Yusop.

Categories
AGENDA NASIONAL

Sultan berkenan terima zakat niaga RM37.44 juta

SHAH ALAM, 17 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor semalam berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM37.44 juta daripada dua syarikat.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menerima zakat sebanyak RM27.71 juta daripada Lembaga Tabung Haji manakala selebihnya dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dalam penyerahan yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Selesai majlis, baginda bertiga berkenan menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah di masjid tersebut.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan RM9.8 juta

SHAH ALAM, 22 DIS: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM9.8 juta daripada lima syarikat korporat bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Istana Bukit Kayangan di sini.

Pada majlis tersebut, Gas Malaysia Berhad diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Hashimi Abdul Manap menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM3.5 juta, manakala Pengarah Urusan Jakel Trading Sdn Bhd Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel pula menyerahkan RM1.25 juta, kedua-duanya bagi tahun kewangan berakhir 2020.

Sementara itu, tiga lagi membuat pembayaran zakat untuk tahun kewangan 2019 iaitu SIRIM Berhad yang diwakili Pengerusinya Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali (RM2.28 juta), QSR Brands (M) Holdings (RM1.7 juta) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (RM1.11 juta).

Majlis turut dihadiri Pengerusi LZS Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

LZS terima zakat perniagaan RM3.45 juta daripada 31 syarikat

SHAH ALAM, 30 SEPT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima zakat perniagaan daripada 31 syarikat korporat berjumlah RM3.45 juta.

Mendahului senarai ialah Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad yang menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM951,200 diikuti Advance Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (RM497,300) dan Bank Muamalat Malaysia Berhad (RM330,264).

Zakat perniagaan daripada 31 syarikat korporat itu diterima oleh Timbalan Pengerusi LZS Datuk Dr Aziuddin Ahmad.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS Saipolyazan M Yusop berkata jumlah kutipan zakat tahun ini dilihat masih jauh daripada sasaran susulan situasi ekonomi semasa yang tidak menentu ekoran pandemik Covid-19.

Beliau berkata penularan pandemik itu turut menyebabkan jumlah asnaf meningkat daripada 68,000 kepada 72,000 keluarga yang kebanyakannya menyaksikan ketua keluarga diberhentikan kerja manakala syarikat pembayar juga tidak mampu mengeluarkan zakat yang banyak selepas pendapatan mereka berkurangan.

“Justeru menjelang akhir Disember ini, LZS terus berusaha keras untuk mengutip wang zakat terutama bagi zakat perniagaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan 2020 di sini hari ini.

Saipolyazan berkata bagi tempoh Januari hingga Ogos lepas, sebanyak 9,963 syarikat melunaskan pembayaran zakat perniagaan mereka di LZS.

Pada majlis sama, LZS turut menyampaikan agihan zakat kepada dua asnaf iaitu Yuslina Yunus, 40, yang menerima bantuan perubatan rawatan dialisis berjumlah RM37,830 dan Khairul Affendi Karim, 33, sebagai bantuan pembinaan rumah sebanyak RM93,000.

Turut menerima agihan zakat ialah Nadi Intelek, sebuah organisasi yang menguruskan pendidikan bagi anak-anak autisme di Selangor, yang berupa bantuan geran secara sekali bayar berjumlah RM354,000.

Saipolyazan berkata agihan zakat yang disalurkan kepada organisasi itu adalah dalam bentuk bantuan pendidikan bagi tempoh dua fasa iaitu Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember.

-BERNAMA

Categories
AGAMA SELANGOR

Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan empat syarikat

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 19 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada empat buah syarikat berjumlah RM14.32 juta pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Empat syarikat tersebut adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diwakili Pengurus Besar Perkhidmatan Pelanggan Selangor, Dato’ Mohd Zahir Md Nagoor yang menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM4.71 juta.

Diikuti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datin Paduka Noraida Mohd Yusof dengan jumlah zakat perniagaan sebanyak RM4.39 juta.

UMW Holdings Berhad yang diwakili Pegawai Kumpulan UMW, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman menunaikan zakat berjumlah RM2.69 juta.

Manakala Kumpulan Worldwide Holdings Berhad yang mewakilkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datin Paduka Norazlina Zakaria menunaikan zakat perniagaan bernilai RM2.51 juta.

Kesemua syarikat ini menunaikan pembayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2017.

Pada majlis sama Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 66 orang asnaf fakir, 204 orang miskin serta 171 asnaf mualaf.

Kesemua mereka menerima sumbangan zakat RM500 setiap seorang melibatkan jumlah zakat sebanyak RM220,500.

Categories
SELANGOR

MBI, Worldwide Holdings antara pembayar zakat RM9.67 juta

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 21 JUN: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima zakat perniagaan RM9.67 juta daripada empat syarikat pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Serta Perasmian Masjid di Seksyen 7, di sini, semalam.

CP2A7016-800x533Antara pembayar zakat itu termasuklah dua anak syarikat Kerajaan Negeri, Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dengan membabitkan pembayaran zakat RM1.34 juta dan Worldwide Holdings Berhad dengan bayaran RM2.23 juta.

Zakat perniagaan kedua syarikat terbabit diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif masing-masing, Raja Shahreen Raja Othman dan Datin Paduka Norazlina Zakaria kepada Sultan Sharafuddin.

MBI dan Worldwide Holdings membayar zakat perniagaan masing-masing bagi tahun kewangan berakhir tahun 2016.

Syarikat lain yang turut menunaikan zakat perniagaan adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM3.47 juta dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bernilai RM2.61 juta.

-AA-

Categories
SELANGOR

LZS terima zakat perniagaan RM5.11 juta

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 26 JUN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima zakat perniagaan RM5.11 juta dari 54 syarikat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini.

Prolintas Expressway Sdn Bhd mendahului senarai syarikat pembayar iaitu RM815,000 diikuti Bank Pembangunan Malaysia Berhad (RM726,720) dan QSR (M) Holdings Sdn Bhd (RM642,627).

IMG_2614Selain itu, MTD Prime Sdn Bhd turut mengeluarkan zakat bernilai RM541,000, Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (RM520,061), KPJ Healthcare Berhad (RM343,223) serta Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd dan Turnpike Synergy Sdn Bhd masing-masing RM200,000.

Pada majlis sama, LZS juga mengagihkan bantuan zakat RM2.7 juta kepada sekolah seluruh negeri itu yang terlibat dengan Program Sekolah Angkat (PROSA) di bawah selenggaraan Jabatan Pendidikan Selangor.

Pemberian itu bagi membantu anak asnaf fakir dan miskin meneruskan pembelajaran di sekolah terbabit.

Majlis disempurnakan Pengerusi Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa yang turut dihadiri Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Husin Mohd Ali.

-NFN-

Categories
SELANGOR

62 syarikat serah zakat perniagaan RM2.3 juta kepada LZS

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 10 JULAI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima zakat perniagaan daripada 62 buah syarikat berjumlah RM2.3 juta dalam satu majlis berbuka puasa, di sini, semalam.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Moh Isa, berkata zakat perniagaan sememangnya memainkan peranan dalam kutipan zakat.

“Pada tahun lepas, zakat perniagaan menyumbang RM92 juta daripada RM517 juta zakat di Selangor.

_MG_7316“LZS mensasarkan peningkatan kutipan zakat perniagaan setiap tahun sesuai dengan potensi besar di negeri ini,” katanya.

Beliau berucap demikian di hadapan lebih 100 hadirin dalam Majlis Bayaran Zakat Perniagaan dan Iftar Ramadan yang diadakan di Hotel Blue Wave, di sini.

Hadir sama adalah Mufti Negeri, Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaharin Mohd Saad dan wakil syarikat pembayar zakat perniagaan.

Syarikat Advance Air Traffic System (M) Sdn Bhd mendahului senarai syarikat pembayar dengan jumlah zakat RM353,782 diikuti anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dengan RM298,045 serta Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (RM 174,946).

Pada majlis sama, Adzib turut menyempurnakan agihan bantuan kepada tujuh individu berjumlah RM282,665.

_MG_7250Penerimanya adalah Nor Hafizah Hasan yang menerima bantuan perubatan kerapuhan tulang RM22,800, Muhammad Zaher Zahali (dialisis) RM31,920 dan Jaafar Abdul Razak (baik pulih rumah) RM21,500.

Sementara itu, baki empat penerima yang lain mendapat bantuan melanjutkan pengajian iaitu Nadzatul Athirah Ismail, Muhamad Arif Mohd Ajmain dan Nurhawa Mahani Bakin yang menerima RM64,000 masing-masing, manakala Siti Nor Aishah Jamhari menerima RM14,445.

-NFN-

Categories
SELANGOR

3 syarikat serah Zakat Perniagaan RM6.2juta kepada LZS

Oleh: Shuaib Ayob

SHAH ALAM 24 APRIL : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menerima Zakat Perniagaan berjumlah RM6,223,445.90 daripada tiga buah syarikat, NCB Holdings Berhad, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan dan Kumpulan ( NAFAS) bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS).

NCB Holding Berhad 03Baginda Sultan berkenan menerima zakat itu yang disampaikan oleh NCB Holding Berhad diwakili pengarahnya merangkap pengerusi Northport (Malaysia) Berhad, Tan Sri Datuk  (Dr) Ir. Wan Abdul Rahman Wan Yaacob bagi zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2012 berjumlah RM2,263.690.00.

Manakala TNB yang diwakili Ketua Pegawai Koporat, Datuk Roslan Abdul Rahman turut menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2013 berjumlah RM2,096,552.01.

Nafas 02Baginda Sultan juga turut berkenan menerima zakat daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan dan Kumpulan (NAFAS) Datuk Ramli Noraini wakil ahli jemaah pengarah NAFAS berjumlah RM1,863,203.89 bagi kewangan 2011 .

Upacara penyerahan cek itu turut dihadiri oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

Hadir sama Timbalan Mufti Negeri, Datuk Abdul Majid Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.

Pembayaran zakat yang ditunaikan adalah bagi tahun kewangan berakhir 2011,2012 dan 2013.

EZY