Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: 113 asnaf terima sumbangan zakat Badan Kebajikan Islam Telekom

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 JULAI: Seramai 113 asnaf dan anak yatim menerima sumbangan zakat daripada Badan Kebajikan Islam Telekom (BAKIT) dan Jawatankuasa Kemajuan Kampung Changkat, di Dewan Orang Ramai Kampung Changkat, Gombak, semalam.

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan.

DSC_0126Program sumbangan yang diadakan sejak lima tahun lalu adalah tanggungjawab sosial korporat BAKIT setiap tiba bulan Ramadan yang bertujuan meringankan beban golongan terbabit.

Hasbullah berkata, sumbangan berbentuk pelbagai barangan keperluan asas dan wang tunai itu diharap dapat meringankan beban penerima sempena Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Golongan kurang berkemampuan yang menerima sumbangan terdiri daripada pelbagai asnaf di sekitar kawasan Kampung Changkat yang sangat memerlukan bantuan khususnya daripada badan korporat.

“Saya juga berharap penerima sumbangan supaya sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup dan sentiasa bersyukur atas nikmat yang dikurniakan,” katanya.

Sementara itu, Yang di Pertua BAKIT, Hussan Unir, berkata duit zakat yang diperoleh adalah daripada keuntungan pengguna perkhidmatan Telekom.

DSC_0063“Bagi kelangsungan keuntungan, saya berharap kepada semua supaya terus menggunakan perkhidmatan yang disediakan,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu, Penghulu Mukim Setapak, Mohd Fazli Abd Latif; Ketua Kampung Changkat, Zainal Abidin; Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia, Ramli Talib dan Nazir Masjid As-Syakirin, Dr Saupi Man.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Pembayar zakat meningkat, petunjuk peningkatan pendapatan rakyat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 7 JULAI: Peningkatan pembayar zakat di Selangor adalah petunjuk kejayaan Kerajaan Negeri meningkatkan pendapatan rakyat, kempen kesedaran memberi sumbangan melalui saluran sah dan kesedaran beragama.

Exco Kebajikan, Rodziah Ismail berkata, kejayaan itu dicapai ekoran kempen dan galakan kepada masyarakat agar menyertai program ditawarkan Kerajaan Negeri.

Zakat1“Kesedaran rakyat tentang kesedaran beragama maknanya setiap hasil mereka perolehi akan disumbang kepada Lembaga Zakat Selangor dan juga meningkatkan pendapatan mereka.

“Kalau pendapatan mereka tidak meningkat bermakna tiada lebihan dan sekaligus tentunya kurang kesedaran untuk membayar zakat di kalangan rakyat negeri ini,” kata Rodziah ketika dihubungi Selangor Kini di sini.

Jelas beliau program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) negeri itu bukan sahaja menekankan peningkatan pendapatan semata-mata, malah turut menekankan nilai akhlak murni iaitu suatu hari nanti mereka pula menjadi tangan yang memberi kepada golongan yang memerlukan.

“Konsep kebajikan menyebabkan kesedaran dan ingin menyumbang, pengagihan lebih menyeluruh kepada banyak golongan memerlukan,” katanya.

Ekonomi masyarakat Islam di Selangor terus berkembang positif apabila golongan layak membayar zakat harta meningkat sehingga sembilan peratus bagi lima bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Bilangan pembayar zakat harta bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini mencatatkan 187,002 orang atau berbanding 172,183 orang tahun lalu.

Dalam tempoh itu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip sejumlah RM178.3 juta berbanding RM143 juta bagi tahun sebelumnya.

EZY

Categories
SELANGOR

Pembayar zakat harta meningkat 187,000 pada 5 bulan pertama 2014

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 1 JUL: Ekonomi masyarakat Islam di Selangor terus berkembang positif apabila golongan layak membayar zakat harta meningkat sehingga sembilan peratus bagi lima bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Bilangan pembayar zakat harta bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini mencatatkan 187,002 orang atau berbanding 172,183 orang tahun lalu.

SultanPengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, dalam tempoh itu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip sejumlah RM178.3 juta berbanding RM143 juta bagi tahun sebelumnya.

“Prestasi agihan zakat bagi tempoh sama bagi tahun ini sebanyak RM247.7 juta.

“Sasaran kutipan zakat pada tahun ini RM560 juta,” kata Mohamad Adzib dalam Majlis Berbuka Puasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Negeri Selangor di sini, semalam.

p3Antara zakat yang dikategorikan sebagai zakat harta adalah zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat emas dan perak, zakat saham, zakat pertanian dan zakat penternakan.

Sebelum itu, dalam majlis sama, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan dari syarikat milik Kerajaan Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak RM5,173,054.28, Worldwide Holdings Bhd (RM1,644,931.00) dan Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB)(RM618,582.05).

Manakala syarikat-syarikat lain, UMW Holdings Bhd pula membayar sejumlah RM14,786,905 dan Kumpulan Syarikat Plus berjumlah RM2,040,933.

Turut hadir mengiringi Baginda Sultan dalam majlis sama, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

EZY

Categories
SELANGOR

PKNS serah Zakat RM100,000 bantu golongan berhutang biayai kos perubatan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KLANG, 19 JUN: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini menyerahkan sumbangan zakat RM100,000 kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bagi meringankan beban golongan berhutang atau ‘Gharimin’ dalam membiayai kos perubatan.

Timbalan Pengurus Besar PKNS, Noraida Mohd Yusof, berkata sumbangan itu juga melayakkan golongan penjamin memenuhi keperluan asas diri, keluarga dan tanggungannya yang memerlukan penyelesaian segera megikut syarak.

“Antara individu yang boleh memohon sumbangan ini adalah pesakit kronik yang berhutang atau kekurangan sumber pembiayaan serta syarat utama penerima bantuan adalah Islam.

_MG_4393 copy“Melalui bantuan wang zakat ini, kami harap dapat membantu meringankan beban mereka yang tidak mampu menanggung pembayaran bil hospital atau alat sokongan perubatan dan lain-lain,” katanya pada majlis penyerahan wang zakat berkenaan, di sini, hari ini.

Noraida berkata, program tanggungjawab sosial itu bukan kali pertama diadakan kerana PKNS juga mengadakan lawatan ke wad pediatrik bersama rakan media, pada Disember 2012.

Program lain yang dilaksanakan termasuk mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan kepada wad kanak-kanak di Hospital Serdang dan program Zikra Bersama asnaf dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor, pada 22 Mei dan 5 Jun lalu.

Bagi program Zikra Bersama Asnaf, PKNS turut menyumbang wang zakat RM100,000 untuk projek naik taraf Kompleks Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Bagan Terap.

_MG_4307PKNS turut menyumbang dalam tajaan Majlis Imarah Masjid dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf yang diadakan di Masjid Al-Ubudiyah, Seksyen 19, Shah Alam, pada 19 April lalu.

Sementara itu, Pengarah HTAR, Dr Sukumar Mahesan dalam majlis sama mengucapkan terima kasih kepada PKNS dan berharap program itu dapat diteruskan.

-NFN-

Zakat: Sistem E SPG mudahkan orang ramai bayar secara talian

http://tv.selangorku.com

JURNAL BERITA – MB : Air lombong selamat diminum

1. MB: Air lombong selamat diminum

2. Manfaatkan air hujan, tukar corak penggunaan air lebih jimat

3. Anwar: Barack Obama hadapi tekanan Najib tiada pertemuan Ketua Pembangkang

4. GST tak selesaikan hutang negara lebih RM500 bilion, defisit negara

5. GST sebab kos kesihatan dan perumahan naik, turun 1 Mei bantah

6. Lebuh raya Kidex manfaat semua, bukan untung konsesi semata

7. MPK sedia 4,000 petak bazar Ramadhan

8. Biro Pengguna PKR: Bantu penoreh, jangan tunggu harga getah jatuh sampai RM1.40/kg

9. PKR tubuh Panel Rayuan Pengajian Tinggi bantu pendidikan keluarga miskin

10. TPPA: Warga asing bebas miliki hartanah, kedaulatan negara terancam

11. Impian Malaysia: kelas percuma bantu anak Orang Asli

12. PRK Parlimen Bukit Gelugor, penamaan 12 Mei, undi 25 Mei

13. TPPA: Warga asing nikmati petrol subsidi, rakyat terus merana

14. 3 syarikat serah Zakat Perniagaan RM6.2juta kepada LZS

15. 1,675 anak pokok ditanam hijaukan Shah Alam

JURNAL BERITA – MB : RM10juta bina infra pam air ke Sungai Selangor

1. MB: Peruntukkan RM10 juta, bina infra untuk pam air ke Sg Selangor

2. MB: MOU air bukan rahsia, rakyat boleh teliti dokumen

3. KEMASKINI: Adun dan media dihalang lawat Empangan Sungai Selangor

4. Wan Azizah: Perancangan jahat Umno halang Anwar jadi Presiden PKR

5. Sultan Selangor terima Zakat Perniagaan Bank Rakyat RM4.47 juta

6. Tian: Kapal disamun dekat Pulau Ketam, apa sudah jadi keselamatan negara?

7. Nurul Izzah: Perjelaskan perjanjian projek janakuasa, elak kerugian

8. Anwar: Penyebaran fitnah tahlil untuk Karpal perbuatan ‘macai’ Umno

9. Geran Mosti: Kos projek RM130 juta tapi dapat RM150 juta

10. Harga Getah terus jatuh, peneroka tekad demo di kubu kuat Umno

11. MH370: Tolak kaji selidik Merdeka Center, menteri tak hormat pandangan rakyat

12. Peguam: Mahkamah tolak masa rayuan kes Anwar, tak simpati kematian Karpal

13. Saingan sengit Timb. Presiden PKR, demokrasi dalam parti

14. PKR sasar tambah 50,000 ahli baru masyarakat Tionghua dalam 5 tahun

Categories
SELANGOR

Sultan Selangor terima Zakat Perniagaan Bank Rakyat RM4.47 juta

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 23 APRIL : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menerima Zakat Perniagaan berjumlah RM4.47 juta daripada Bank Rakyat bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Baginda berkenan menerima zakat itu yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abdul Razak.

zakatUpacara penyerahan cek itu turut dihadiri oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

Hadir sama Timbalan Mufti Negeri, Datuk Abdul Majid Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.

Pembayaran zakat yang ditunaikan adalah bagi tahun kewangan berakhir 2013.

Tahun lalu, LZS menerima zakat berjumlah RM4.3 daripada bank terbabit bagi tahun kewangan berakhir Disember 2012.

EZY

Categories
SELANGOR

LZS kutip zakat RM517.4 juta, sasar RM530 juta pada 2014

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 21 JAN : Jumlah kutipan zakat harta dan fitrah di Selangor pada tahun 2013 melebihi sasaran, dengan jumlah kutipan sebanyak RM517.4 juta berbanding RM451.3 juta dalam tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Perkara itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Mohamed Izam Mohamed Yusof pada sidang media khas yang diadakan di Bangunan Sultan Idris Shah di sini.

Lembaga-Zakat-SelangorBeliau berkata jumlah kutipan ini melebihi daripada sasaran RM470 juta yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kenaikan sebanyak 14.6 peratus dan perbezaan sejumlah RM66.1 juta.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak RM497.9 juta dikutip daripada zakat harta, manakala RM19.6 juta daripada zakat fitrah.

“Jumlah pembayar zakat harta bagi tahun lalu ialah seramai 233,371 orang (meningkat 10.9 peratus) berbanding tahun sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, seramai 41,533 orang merupakan pembayar baru di LZS,” katanya.

Sementara itu, katanya, bagi tahun 2013, Mais melalui LZS mengutip zakat fitrah sebanyak RM19.6 juta, berbanding RM18.8 juta pada tahun 2012.

Tambahnya, LZS turut meletakkan sasaran kutipan zakat bagi tahun 2014 adalah sebanyak RM530 juta dengan mengambil kira faktor kesedaran membayar semakin meningkat.

ZakatKatanya lagi, seramai 309 keluarga ditemui dan didaftarkan sebagai asnaf fakir dan miskin di Selangor untuk menerima pelbagai bantuan bagi 2013 melalui 52 siri pencarian Skuad Jejak Kemiskinan (SJK).

Bagi 2013, seramai 250 orang penerima bantuan zakat pada 2012 keluar daripada kategori asnaf. Mereka terdiri daripada penerima bantuan modal perniagaan yang disediakan LZS.

Sementara itu, 783 keluarga yang menjadi penerima zakat pada 2012 turut keluar daripada kategori asnaf hasil daripada siasatan semasa yang dilaksanakan LZS menggunakan garis penetuan fakir dan miskin iaitu Had Al-Kifayah.

“LZS melihat pendidikan sebagai medium penting memperkasakan asnaf terutama ganerasi kedua anak-anak.

“Pelbagai bantuan pendidikan disediakan termasuk bantuan persekolahan anak-anak asnaf fakir dan miskin bagi sesi 2014.

“Sejumlah RM20 juta diagihkan kepada 37,646 orang pelajar asnaf fakir dan miskin merangkumi pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Selangor,” katanya lagi.

LZS juga turut membiayai seramai 4,567 orang pelajar asnaf yang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di institusi pengajian tinggi.

Pada 2013, LZS mengutip zakat harta sebanyak RM497.9 juta, berbanding RM432.2 juta pada tahun sebelumnya.

Jumlah kutipan zakat terbesar mengikut segmen disumbangkan oleh Zakat Pendapatan (RM308.5 juta), diikuti Zakat Perniagaan (RM92.7 juta); Zakat Harta (RM38.7 juta; Zakat Simpanan (RM33.8 juta);

Manakala Zakat Saham (RM9.7 juta); Zakat KWSP (RM7.9 juta); Zakat Tanaman (RM2.9 juta), Zakat Emas dan Perak (RM2.46 juta); Qada Zakat (RM1.2 juta) dan Zakat Ternakan (RM0.02 juta).

EZY

Jamil Khir Diminta Perjelaskan Agihan Zakat MAIWP

SHAH ALAM 13 FEB : Pemuda PAS hari ini meminta penjelasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung kelulusan permohonan peruntukkan Yayasan Taqwa berjumlah RM1 juta daripada Jawatankuasa Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan Tantawi berkata, situasi ini menimbulkan tanda tanya memandangkan kedua-dua agensi tersebut dipengerusikan sendiri oleh Datuk Seri Jamil Khir.

“Pada 17 September 2011, Yayasan Taqwa telah memohon sebanyak RM1 juta daripada Jawatankuasa Baitulmal MAIWP tetapi pada 12 November 2011, mereka (MAIWP) telah meluluskan RM4 juta,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, situasi ini menimbulkan tanda tanya kerana permohonan ini daripada Jamil Khir kepada Jamil Khir dan diluluskan sendiri oleh Jamil Khir.

Selain itu, pihaknya turut menuntut penjelasan terperinci berhubung penggunaan wang tersebut memandangkan ianya melibatkan jumlah yang besar.

Katanya, perkara ini perlu diberikan perhatian serius kerana membabitkan penggunaan jumlah wang zakat yang besar. Sedangkan masih ramai yang belum dapat menikmati agihan zakat sepenuhnya meskipun jumlah pungutan MAIWP meningkat setiap tahun.

“Rasional apa Yayasan Taqwa itu diwujudkan dalam keadaan MAIWP memang diwujudkan untuk memungut dan mengagihkan zakat. Timbul tanda tanya yang besar. Kenapa perlu diwujudkan satu lagi badan untuk dialirkan wang itu kepada perkara-perkara lain yang selain asnaf untuk diberikan secara terus kepada mereka (asnaf),” soal beliau.

Yayasan Taqwa adalah agensi yang berada di bawah MAIWP yang ditubuhkan pada tahun 1990 dan ditubuhkan dibawah akta syarikat.

Dalam pada itu, Pemuda Pas turut menuntut penjelasan dan pendedahan audit secara terperinci daripada Jamil Khir berhubung perbelanjaan pengurusan Yayasan Taqwa berjumlah RM2 juta.

“Kalau sekiranya MAIWP mengagihkan wang zakat secara terus kepada asnaf tanpa perlu kepada Yayasan Taqwa dengan kos pengurusan berjumlah RM2 juta, saya kira cukup ramai asnaf yang boleh menikmati wang zakat tersebut.

“Kalau saya kira RM2 juta, RM5,000 seorang sudah tentu 400 orang asnaf boleh menikmatinya,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan jumlah besar pengagihan kepada asnaf amil yang berjumlah RM23.6 juta daripada jumlah keseluruhan sedangkan asnaf lain mendapat jumlah agihan yang lebih redah.

Merujuk kepada laporan tahunan 2010 MAIWP, jumlah keseluruhan agihan kepada asnaf berjumlah RM186.5 juta