Categories
SELANGOR SUKANKINI

Ziyad atlit paralimpik pertama Asia sumbang pingat Sukan Sea

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 30 JAN: Atlit paralimpik Selangor bagi acara lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli bukan sahaja dua kali memecahkan rekod dunia pada Temasya Sukan Paralimpik di Rio sebelum sekali lagi memecahkan rekod sendiri pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.

Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata, malah beliau juga muncul sebagai atlit para pertama di Asia yang berjaya menyumbangkan pingat dalam pertandingan sukan membabitkan bukan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Pada Sukan Sea yang lalu, atlit kita Ziyad Zolkefli menang di peringkat paralimpik peringkat dunia tetapi pada masa sama beliau juga mewakili negara untuk Sea dan berjaya menyumbang pingat gangsa untuk kontinjen nasional.

“Beliau merupakan atlit pertama di kalangan paralimpik yang berjaya menyumbangkan pingat kepada kontinjen nasional dalam mana-mana negara khususnya di negara Asia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Insentif Kepada Atlit Selangor Ke Kejohanan Sukan Para Asean Ke-9 Kuala Lumpur 2017 lalu di Hotel De Palma Seksyen 19, di sini, hari ini.

Katanya, pencapaian Ziyad itu membuktikan golongan OKU juga menguasai acara sukan yang disertai bukan OKU.

Ketika menyentuh isu pembangunan sukan di Selangor, Amirudin berkata, kejayaan negeri itu bukan diukur dengan pencapaian ekonomi semata-mata.

“Selangor sering digambarkan sebagai negeri paling maju dengan ekonomi kita mencatatkan pertumbuhan sangat baik, membawa pelaburan sangat tinggi dan pada masa sama Jabatan Perangkaan mencatatkan Selangor menyumbang 23 peratus kepada pertumbuhan KDNK negara.

“Namun kejayaan, kemakmuran dan kegemilangan Selangor tidak hanya tidak hanya dapat diukur melalui pencapaian ekonomi tetapi Selangor di bawah kepimpinan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sentiasa memikirkan agar kita sentiasa ada program seimbang supaya kita mampu mengetengahkan semua warga kita dalam pelbagai bidang dan aspek termasuk sukan,” katanya.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB: Penghargaan ketika bertemu Ziyad dan keluarga nanti

OLEH NAZLI IBRAHIM

PUCHONG, 24 SEPT: Kejayaan atlit negara pada temasya Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil membawa pulang tiga pingat emas dan satu gangsa sudah tentu menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata lebih membanggakan khususnya bagi rakyat apabila Muhammad Ziyad Zolkefli berasal dari Gombak turut mencipta rekod dunia bagi acara lontar peluru dengan lontaran sejauh 16.84 meter.

Rekod itu sekaligus memadam rekod 16.29 meter yang dicipta Todd Hodgetts di Paralimpik London empat tahun lalu.

“Mereka selamat pulang ke tanah air bukan dengan tangan kosong tetapi dengan pingat emas dan rekod dunia baru yang sudah tentu menjadi kebangaan rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor.

“Kerajaan Negeri sedang meneliti apakah bentuk penghargaan sewajarnya diberikan dan saya umumkan pada lawatan saya untuk menemui Ziyad dan keluarganya di Gombak dalam masa terdekat nanti,” katanya kepada SelangorKini.

img_20160922_174709_262Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Persimpangan Bertingkat Dari LDP ke Jalan Utama 2, Puchong Utama di sini, semalam.

Sebelum itu, kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Jeneiro berjaya membawa pulang tiga pingat emas dan satu gangsa.

Selain Muhammad Ziyad, pingat emas turut dimenangi Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi bagi acara larian 100 meter kategori T36 dan atlet lompak jauh, Abdul Latiff Romly yang juga memecahkan rekod sukan Paralimpik.

Atlet wanita bagi acara sukan lompat jauh, Siti Noor Radiah Ismail turut menyumbangkan pingat gangsa menerusi kategori T20.

EZY

Categories
SELANGOR SUKANKINI

Ziyad teruja sambutan luar biasa rakyat Malaysia

OLEH AFIX REDZUAN

SEPANG, 23 SEPT: Pemenang pingat emas Paralimpik Rio 2016 Muhammad Ziyad Zolkefli gembira dengan sambutan dan sokongan yang diberikan rakyat Malaysia setibanya beliau bersama kontinjen di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Tanpa berselindung, beliau terharu dengan kejayaan di Rio yang nyata merubah sedikit sebanyak kehidupannya walaupun pernah memenangi pingat gangsa di London, pada 2012.

“Dahulu, saya menang pingat gangsa tetapi tidak semeriah ini sambutannya. Ramai wartawan dan orang ramai yang mahu bergambar dengan saya. Satu penghormatan yang sangat luar biasa,” katanya ketika ditemui selepas sidang media Majlis Menyambut Kepulangan Atlet Paralimpik Rio 2016.

img_20160922_172756_109Katanya, kejayaan merangkul emas sangat membanggakan baginya tambahan beliau sudah berusaha gigih sejak awal tahun demi mencapai matlamat itu.

“Saya memang gigih berusaha, banyak yang saya korbankan. Saya korbankan diri untuk Paralimpik dari Januari hingga September lalu dengan gigih berusaha.

“Harapan saya ke sana mahu mencuba yang terbaik. Balingan kelima saya yang membanggakan dan memecahkan rekod dunia kali kedua

“Itu adalah satu yang luar biasa buat rakyat Malaysia yang menyokong saya,” katanya.

Menyentuh soal insentif, Muhammad Ziyad berkata, beliau masih belum memikirkan sebarang perancangan dan hanya mahu menikmati cuti yang diberikan selama dua minggu.

Dalam temasya Paralimpik Rio, Muhammad Ziyad mencipta rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran) dengan jarak lontaran 16.84m untuk pingat emas kedua negara.

Sebelum itu, beliau turut berjaya meraih pingat gangsa pada Sukan Paralimpik 2012 di London.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Kepulangan wira paralimpik Rio 2016 disambut meriah

OLEH AFIX REDZUAN

SEPANG, 22 SEPT: Hampir 1,000 rakyat Malaysia membanjiri Kompleks Bunga Raya, di sini, bagi menyambut kepulangan wira-wira negara daripada temasya Sukan Paralimpik Rio, Brazil 2016.

Kepulangan mereka sangat dinantikan susulan persembahan cemerlang dalam kejohanan yang bermula pada 7 September dan melabuhkan tirai, pada 18 September lalu.

Mereka yang dibawa pulang menaiki pesawat Airbus A380-800 penerbangan Fly Emirates dari Dubai ke Kuala Lumpur selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada jam 3.05 petang.

Ketibaan mereka disambut dengan kalungan bunga oleh pimpinnan negara termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, SM Nasarudin SM Nasimuddin.

img_20160922_172927_112Malaysia berjaya membawa pulang tiga pingat emas dan satu gangsa menerusi acara 100 meter T36 lelaki (cerebral palsy), lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran), lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran) dan lompat jauh wanita T20 (masalah pembelajaran).

Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi menyumbangkan pingat emas bersejarah itu dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy) selepas mencatat masa 12.07 saat, sekali gus memadamkan rekod Sukan Paralimpik 12.25s milik Roman Pavlyk dari Ukraine yang dilakukan di Beijing, pada 2008.

Selepas itu, pemenang pingat gangsa pada Sukan Paralimpik 2012 di London, Muhammad Ziyad Zolkefli mencipta rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran) dengan jarak lontaran 16.84m untuk pingat emas kedua negara.

Abdul Latif Romly meneruskan langkah cemerlang itu apabila meraih pingat emas ketiga Malaysia selepas memecahkan rekod dunia dalam acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran) dengan jarak lompatan 7.60m.

Sementara, Siti Noor Radiah Ismail menghadiahkan pingat gangsa menerusi acara lompat jauh wanita T20 (masalah pembelajaran) dengan rekod baharu Sukan Para Asia menerusi lompatan sejauh 5.20m, mengatasi catatan rekod lama 5.10m.

Pencapaian tiga pingat emas dan satu gangsa itu meletakkan Malaysia di kedudukan ke-36 dalam kalangan 170 negara yang menyertai temasya Paralimpik Rio.

China mengungguli carta pungutan pingat dengan meraih 107 pingat emas, 81 perak dan 51 gangsa, diikuti Great Britain (64-39-44) dan Ukraine (41-37-39).

-NFN-

Categories
NASIONAL SUKANKINI

Pingat emas Ziyad hadiah kelahiran bapa

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 12 SEPT: Muhammad Ziyad Zolkefli Othman, seorang bekas penjual kuetiau berjaya menjadi penyumbang emas acara lontar peluru di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil, pada 11 Septmber lalu.

Bapanya, Zolkefli Othman melahirkan rasa bangga atas kejayaan anaknya itu kerana menunaikan janji kepada beliau untuk menghadiahkan pingat emas buat keluarga.

“Masa saya hantar Ziyad di KLIA pada 1 September lalu, hari itu adalah hari jadi saya. Dia berjanji kepada saya akan membawa hadiah pingat emas. Kami sekeluarga sangat gembira dengan kejayaannya.

14322727_1463993180283945_7441967595086967044_n“Sebelum dia ke Majlis Sukan Negara, Ziyad berniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman menjual kuetiau.,” kata Zolkefli dipetik Bernama.

Ziyad, 26, melalui acara F20 (masalah pembelajaran) turut mencipta rekod dunia baharu dengan lontaran sejauh 16.84 meter pada percubaan kelima beliau di temasya sukan berprestij itu, pada 11 September lalu.

Zolkefli berkata, Ziyad anak sulung dari empatnberadik dan beliau memang meminati sukan sejak di sekolah rendah.

Zolkefli juga menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak kelainan upaya seperti Ziyad supaya sentiasa mendekati anak masing-masing kerana mereka mempunyai kelebihan luar biasa.

Selain Ziyad, dua lagi atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohd Puzi turut menyumbang emas kepada kontinjen negara menerusi acara 100m T36 lelaki (celebral palsy) dan Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual) dengan catatan 7.60m dalam lompatan kelima.

-NFN-