Categories
NASIONAL

Iklan RM1 Juta, BN Digesa Kemuka Sumber – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 24042013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Ahli Parlimen Selayang, William Leong menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kemuka sumber kewangan yang digunakan untuk membiayai iklan kempen pilihanraya Barisan Nasional di internet.

2. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat melahirkan kebimbangan Perdana Menteri Najib Abdul Razak melindungi calon harapan team transformasi, Zulkifli Noordin dari siasatan polis.

3. Calon PKR bagi Dun Pelabuhan Klang, Abdul Khalid Ibrahim bertekad menamatkan episod pengabaian kerajaan Persekutuan terhadap kawasan DUN itu sekiranya menang pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

4. Menyentuh isu lain, Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri tidak pernah menghalang mana-mana projek Kerajaan Persekutuan yang membawa kebaikan kepada rakyat.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL

1MDB Didakwa Salur RM7 Billion Ke Akaun Sulit – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 23042013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Calon team transformasi Perdana Menteri, Zulkifli Noordin, yang mendakwa dirinya menjadi ekstremis agama dan kaum kerana didikan Pas disanggah oleh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

2. Tinjauan di ruang maya mendapati ada lagi video yang memaparkan kenyataan-kenyataan berbaur rasis dari Zulkifli Noordin.

3. Parti Keadilan Rakyat memandang serius maklumat Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah memindahkan sejumlah RM7 bilion wang pembayar cukai ke akaun sulit di Kepulauan Cayman.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL SELANGOR

Zul Noordin Bukti Umno-BN Selangor Bankrap Calon

Khalid Samad Zulkifli Nordin 01
KLANG, 17 APRIL : Meletakkan Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Noordin mencabar Khalid Samad di Parlimen Shah Alam membuktikan Umno-BN bankrap calon.

Penyandang DUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berkata, Khalid akan mendapat laluan mudah mempertahan kerusi dimenangi pada pilihan raya lalu kerana umum mengetahui Zulkifli bukan pemimpin yang boleh diharapkan bagi membela nasib rakyat.

“Ini membuktikan Umno-BN bankrap. Tiada calon lain. Calon yang lompat macam katak diambil. Ini standard Umno-BN.

“Khalid Samad tak perlu ceramah atau kempen. Jangan takut, boleh menang terus. Orang Melayu, India dan Cina di Shah Alam tak akan sokong Zulkifli Nordin,” katanya dalam ceramah Pakatan Rakyat (PR) di sini malam tadi yang dihadiri lebih 1,000 orang.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Zulkifli bertanding atas tiket PKR di Parlimen Kulim Bandar Baharu dan menang dengan majoriti 5,583 undi menewaskan calon Umno-BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Namun seleps itu bertindak keluar dari PKR dan menjadi anggota bebas serta mesra Umno-BN.

Dr Xavier menambah, Umno-BN juga menghadapi masalah di peringkat DUN apabila hanya menyenaraikan empat calon lama dengan selebihnya muka baru.

Menurutnya, kenyataan itu terbukti apabila Datuk Seri Najib Razak sendiri mengakui segala kesilapan dilakukan Umno-BN dalam mentadbir negara lebih 56 tahun menerusi risalah yang dihantar ke rumah pengundi dengan kata-kata ‘Belajar daripada kesilapan’.

Dr Xavier turut mengingatkan rakyat bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 diyakini sebagai paling kotor akan dijalankan di negara ini..

Katanya, perubahan besar yang ingin dibawa Pakatan Rakyat(PR) ialah politik terbuka dan adil yang dikuatkan dengan fakta yang betul untuk dibincangkan serta dibicarakan antara satu sama lain.

Namun, pemimpin Umno-BN sukar menerima perubahan apabila menutup ruang media massa kepada PR biarpun mendakwa negara memiliki semua kemudahan dengan kemajuan membanggakan.

“Takut sungguh Najib dan Umno-BN. Ini masalah Umno-BN sekarang. Kita minta debat, dia bagi video lucah,” katanya.

Categories
NASIONAL

Helah Najib Letak Zulkifli Noordin di Shah Alam ? – BULETIN 13

Sinopsis 

BULETIN 13 Untuk 16042013 

Saksikan secara langsung "BULETIN 13" yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Manifesto Pakatan Rakyat Selangor yang akan diumumkan Khamis ini menggabungkan empat komponen berasaskan ekonomi, kesejahteraan, persaudaraan dan kerajaan rakyat, kata Pengerusi PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

2. Pencalonan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa, Zulkifli Noordin, di Parlimen Shah Alam oleh Barisan Nasional memberi mesej yang bercampur-baur kepada rakyat Selangor.

3. Pencalonan Zulkifli jelas membuktikan 1Malaysia hanya slogan semata-mata.

4. Faekah Husin berkata senarai calon BN yang terpilih untuk merampas Selangor pada PRU-13 ada antara nama yang disenaraikan itu terpalit skandal salahguna kuasa.

PKR Bidas Ketua PERKASA Hina Agama Hindu – Buletin 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 28032013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Rakyat tidak sepatutnya ditakut-takutkan dengan pelbagai ugutan berhubung pendapat mereka mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu.

2. Barisan mantan pegawai kanan tentera melahirkan rasa bimbang ada muslihat politik disebalik zon Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

3. Sikap Naib Presiden Kumpulan Pendesak Melayu, PERKASA, Zulkifli Noordin menghina agama Hindu terus mendapat kritikan.

4. PDRM mengesahkan saibertrooper berkaitan Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo yang menyerang peribadi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mempunyai masalah displin.

Layari http://www.selangorkini.net