Categories
NASIONAL

Khalid Samad : Himpunan 31 Disember bukan untuk guling kerajaan

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM 26 DIS: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan perhimpunan di Dataran Merdeka bertujuan untuk mengguling kerajaan seperti yang didakwa pihak tertentu, pada 31 Disember ini.

Sebaliknya, beliau berkata, himpunan itu adalah sebagai medium untuk rakyat menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan kerajaan yang menaikkan kadar barangan dan perkhidmatan.

Katanya, dakwaan untuk ‘mengguling kerajaan’ adalah tindakan tidak bertanggungjawab yang sengaja ditimbulkan untuk menghalang perhimpunan itu daripada berlangsung.

khalid samad white pc 011“Dakwaan itu adalah satu tindakan kotor pihak tertentu untuk menggagalkan perhimpunan terbabit dan menimbulkan suasana tidak aman serta mendatangkan kekecohan.

“Kita sudah tegaskan himpunan itu hanya untuk menyatakan bantahan kepada keputusan kerajaan yang terus menekan rakyat dengan kadar kenaikan yang melampau serta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang tidak sepatutnya,” katanya yang dipetik daripada Harakah Daily, di sini, hair ini

Khalid berkata, Pakatan Rakyat (PR) sentiasa menghormati prinsip demokrasi bahawa setiap peralihan kerajaan dilakukan secara aman melalui pilihan raya.

Katanya, PR tidak akan sesekali mengambil alih kerajaan melalui kekerasan tanpa melalui sokongan serta mandat rakyat.

Beliau turut menasihati orang ramai yang akan menghadiri perhimpunan itu supaya mengawal tingkah laku dan tidak menimbulkan provokasi yang boleh mendatangkan ketegangan.

“Kerjasama baik antara pihak berkuasa dan mereka yang hadir akan dapat memastikan luahan tidak puas hati kepada keputusan kerajaan itu dapat berjalan dengan baik, lancar dan aman,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.