Orang ramai beratur untuk membeli barang keperluan harian pada Program Jualan Prihatin Rakyat di Jalan Pandan 8, Pandan Jaya pada 12 Mac 2022. Program yang dilancarkan pada 27 Februari hingga menjelang Aidilfitri itu menjual barang keperluan dengan harga lebih murah terutama ayam, telur, daging dan ikan. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Category: GALERI
Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) meninjau kawasan insiden runtuhan tanah di Taman Bukit Permai 2, Ampang pada 11 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Seorang lelaki melintasi bendera Parti KEADILAN Rakyat ketika ceramah kelompok Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah, Batu Pahat pada 10 Mac 2022.Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Gelagat kanak-kanak yang ditenangkan bapanya semasa menjalani proses berkhatan ketika program Sunathon Perdana Negeri Selangor 2022 di Masjid Jamek Al-Amaniah, Gombak pada 6 Mac 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Orang ramai mengunjungi Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 6 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Persembahan nyanyian vokalis Joey kumpulan rock Bumiputra Rockers (BPR) ketika majlis perasmian dan pelancaran Jelajah Selangor XTIV 2022 di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat pada 5 Mac 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Pengasas Bell Popcorn Firzah Puasa (kanan) dan pegawai pemasaran Ira Nazira Mohd Lizam menunjukkan produk keluaran syarikat mereka pada Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 5 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
Suasana di sekitar Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 4 Mac 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Norsamsina Yeob,37 mencuba pakaian sekolah kepada anaknya Nurqaisya Qhadieja Mohd Azman, 10 selepas Program Jom Shopping Kembali ke Sekolah anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Mydin Mall Subang Jaya, Petaling Jaya pada 3 Mac 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Kumpulan muzik tradisional Kampung Hulu Chuchoh membuat persembahan ketika Majlis pelancaran video animasi myGap dan penyerahan bantuan input pascabanjir di Kampung Hulu Chuchoh, Sepang pada 1 Mac 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Pengunjung memilih barangan produk tempatan untuk dibeli ketika program ‘Sapot Asnaf Sapot Lokal’ di Food Market Wangsa Melawati, Kuala Lumpur pada 28 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI