Categories
SELANGOR

MB tonton Konsert Kembara di Istana Budaya

SHAH ALAM, 23 NOV: Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, sempat meluangkan masa menonton persembahan Konsert Hati Emas Kembara di Istana Budaya, malam tadi.

Mohamed Azmin melalui laman Facebooknya turut mengucapkan jutaan tahniah kepada kumpulan terkenal tanah air sekitar 1980-an itu kerana persembahan yang cukup bertenaga.

“Bersama Kembara; Che Man, Md Shah, A Ali dan Datuk M Nasir. Syabas dan tahniah atas persembahan yg cukup bertenaga dan menghiburkan,” katanya di laman berkenaan.

Konsert Hati Emas Kembara itu berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur, selama tiga hari bermula 21 November lalu dan akan berakhir malam ini.

Penonton yang hadir dihiburkan dengan lagu popular kumpulan terbabit yang membuat kemunculan semula selepas hampir 30 tahun tidak tampil dengan sebarang album baharu atau persembahan antaranya Keroncong Untuk Ana, Impian Seorang Nelayan, Hati Emas, Gerhana dan Perhentian Pudu Raya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.