Categories
NASIONAL

UIAM patut gugur dakwaan mahasiswa anjur forum GST

SHAH ALAM 7 JUL: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) patut menggugurkan tuduhan terhadap dua mahasiswanya atas dakwaan penganjuran forum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata beliau tidak teragak-agak bekerjasama dengan gerakan pelajar bagi menegakkan keadilan jika universiti mengenakan tindakan tidak munasabah ke atas dua mahasiswa itu,

yb rafizi parlimen“Gelombang kuasa mahasiswa yang baru tentu menambahkan tekanan bukan sahaja kepada pengurusan UIAM, bahkan mematahkan tuan politik kepada pengurusan UIAM,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, universiti itu dilihat akan mengambil tindakan keras terhadap mereka merujuk kepada kenyataan Presiden UIAM, Tan Sri Dr Rais Yatim, semalam.

Jika perkara itu terjadi, kata ahli Parlimen Pandan itu, UIAM hanya akan mendapat pelbagai imej buruk.

“Sebagai sebuah taman ilmu, pengurusan UIAM harus mengambil pendirian terbuka menggalakkan pertukaran idea terutama menyentuh kepentingan ekonomi rakyat seperti isu GST,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.