Categories
BERITA UTAMA

Warsaw bandaraya mengagumkan, pengangkutan awam tepati masa

Oleh: AFIX REDZUAN

Jajaran pengangkutan awam yang sistematik pastinya menggamit tumpuan pelancong yang pertama kali menjejakkan kaki ke bandar Warsaw, Poland.

Menjadi pemisah dua arah jalan bertentangan, ia tenang menyelusuri kesibukan kota ibu negara yang turut dikenali sebagai Polska membawa penumpang ke serata tempat.

Kereta api antara bandar atau lebih sinonim digelar trem ini saban hari menjadi pilihan warga tempatan dan pelancong menikmati keindahan kota Warsaw.

IMG-20150705-WA0006Hanya perlu menunggu kurang 10 minit, kehadirannya menjadi rebutan terutama di waktu puncak pergi dan pulang dari pejabat.

Difahamkan trem di Warsaw ntara yang terbaik di Eropah dengan ketepatan capaian masa.

Dengan harga sekitar 1.50 Zloty, ia lebih mudah dan cepat tanpa perlu menambah kesesakan trafik ibu kota.

Menariknya di Warsaw, berbasikal juga turut menjadi budaya sihat yang diamalkan masyarakat setempat selain berjalan kaki.

Lebih mengagumkan, pemandu dan penunggang motosikal akan berhenti sebelum di garisan putih untuk memberikan laluan jika terdapat pengguna yang melintas jalan.

Disiplin dan kepatuhan terhadap undang-undang jalan raya membawa kepada keharmonian masyarakat.

Bandar Warsaw yang turut disebut Warszawa itu tidak terlepas daripada kelibat gelandangan.

IMG-20150705-WA0009Ketika menginap di Hotel Novotel yang difahamkan bertaraf sekitar enam bintang, gelandangan lebih gemar menjadikan bawah rimbunan pokok di hadapan ‘Palace of Culture and Science’ sebagai tempat beristirehat.

Orang awam akan meletakkan sisa makanan seperti roti yang tidak dihabiskan di atas tong sampah untuk dikongsikan bersama gelandangan.

Poland yang pernah dijajah Soviet dan Jerman pada era Perang Dunia Kedua masih mengekalkan bangunan agam dengan reka bentuk lama.

Di tengah kesibukan bandaraya, turut terletaknya Stadium Nasional Warsaw yang tersergam indah dan pernah menjadi lokasi pembukaan Kejohanan Piala Eropah Poland-Ukraine pada tahun 2012.

Populasi masyarakat hampir 99 peratus beragama Kristian Katolik menyaksikan banyak bangunan gereja di Warsaw.

Keadaan itu secara langsung menyukarkan umat Islam mendapatkan makanan halal.

Waktu siang yang panjang mengakibatkan tempoh berpuasa bagi umat Islam di bulan Ramadan berlangsung selama 19 jam.

Ini kerana matahari akan terbit sekitar jam 4.30 pagi manakala terbenam kira-kira jam 9 malam.

Walaupun dikelilingi dengan suasana indah, Poland tidak terlepas daripada pelaksanaan cukai GST pada kadar 23 peratus.

Walaupun pada kadar yang tinggi, namun tidak ada cukai berganda yang dikenakan dalam pembelian barangan seperti yang berlaku di Malaysia.

Ketika di Poland, pertukaran matawang asing adalah 1 Zloty bersamaan RM1.04.

Dengan kejatuhan Ringgit Malaysia sedikit sebanyak menjejaskan kekuatan pelancong Malaysia berbelanja dalam matawang tempatan Zloty.

Leave a Reply

Your email address will not be published.