Categories
KENYATAAN MEDIA

Perutusan takziah tragedi di Mina

Oleh: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Tragedi rempuhan para jemaah haji di Mina yang telah mengorbankan lebih 700 nyawa dan lebih 800 yang tercedera amat memilukan. Namun kita bersyukur tidak ada rakyat Malaysia yang terkorban akibat kejadian ini.

Saya ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga-keluarga mangsa rempuhan. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan di saat yang amat memilukan ini.

MINAMarilah kita mendoakan keselamatan bagi jemaah haji sehingga mereka pulang ke tanah air dan mendapat haji yang mabrur dan melepasi segala ujian-Nya.

Semoga Allah SWT menempatkan roh mangsa-mangsa tragedi ini di kalangan para shuhada dan solihin.

Allahummagh firlahum warhamhum wa’afihim wa’fu’anhum.

Al-Fatihah.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.