Categories
SELANGOR

Azmin: Ahli Parlimen BN perlu ada keberanian tolak belanjawan Najib

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 24 OKT: Ahli Dewan Rakyat khususnya Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) disaran supaya lebih bertanggungjawab untuk menolak Belanjawan 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata langkah itu perlu diambil ekoran pentadbiran Najib yang lemah, tidak bertanggungjawab dan korup menjerumuskan negara ke kancah pelbagai masalah khasnya membabitkan isu ekonomi.

Belanjawan 2016“Tiada langkah dinyatakan dalam belanjawan ini untuk menangani ketirisan, kebocoran dan rasuah yang memberi kesan dan negatif kepada ekonomi negara.

“Saya tidak percaya belanjawan ini dapat memulihkan ekonomi negara dalam masa terdekat berdasarkan langkah diumumkan.

“Diharap mereka cukup berani menolak Belanjawan ini. Mereka tidak harus menggunakan kuasa majoriti tetapi mereka harus bertindak berdasarkan kepentingan negara dan rakyat,” kata Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Beliau berkata demikian kepada media di Lobi Parlimen selepas Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2016 di sini, semalam.

BAJET 2016Terdahulu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memfailkan notis undi tidak percaya terhadap Najib selepas beliau didapati terbabit dalam skandal 1MDB.

Bagaimanapun selain melalui undi tidak percaya, Najib juga boleh disingkirkan melalui undi menolak Belanjawan 2016 yang dibentangkannya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.