Categories
NASIONAL

Belanjawan 2016: Rakyat zahir kurang puas hati, banyak bebanan

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 25 OKT: Rata-rata rakyat melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan pembentangan Bajet Persekutuan 2016 dianggap sebagai membebankan rakyat.

Kakitangan Swasta, Haslina Safian, 40, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diumpamakan seperti pemimpin yang mementingkan diri sendiri.

BAJET 2016“Najib hanya mementingkan keuntungan yang ingin diperolah Kerajaan Persekutuan dengan cara menekan rakyat melalui cukai dikenakan.

“Dia tidak fikir kesengsaraan yang dialami rakyat golongan miskin dan sederhana ini.

“Dia seharusnya membuat kajian, sebelum membuat sesuatu perubahan pada Belanjawan 2016 lalu,” katanya.

Kakitangan Swasta, Nur Hasnah Hamzah, 50, berkata sebagai pemimpin beliau harus memberi pembentangkan bajet yang memberi faedah kepada rakyat.

“Tidak adil isi rumah pendapatan RM3,000 ke bawah sahaja menerima subsidi kepada pra sekolah kerana pada tahun sebelumnya tiada had pendapatan.

“Bagaimana pula bagi kami bergaji RM3,001 dengan anak yang ramai kerana waktu sekarang ini walaupun bergaji RM5,000 masih dalam kategori golongan sederhana,” katanya.

Juturera, Mohd Saiful Nizar, 29, berkata Najib harus prihatin dan mendengar rintihan serta kesengsaraan rakyat kerana tanpa undian rakyat beliau tidak akan duduk dikerusi sekarang.

“Sudah la perlu membayar cukai pendapatan, kini cukai pintu, cukai tanah, harga tol dan minyak juga naik, ditambah pula setiap barangan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Walaupun ada pembentangannya untuk pembangunan ekonom negara, tetapi kurang kebaikan dan faedah yang sepatut diberi kepada rakyat,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.