Categories
SELANGOR

Jerebu : Hanya dua kawasan catat IPU tidak sihat

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 27 OKT: Indeks pencemaran udara (IPU) hari ini mencatat bacaan lebih baik berbanding semalam dengan hanya dua kawasan merekodkan bacaan tidak sihat setakat jam 9.00 pagi tadi.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), dua kawasan tersebut terletak di Larkin Lama dan Pasir Gudang, Johor dengan masing-masing mencatatkan bacaan 105 dan 102.

Jerebu Satelit27 kawasan lain mencatatkan bacaan sederhana dengan kebanyakan tempat menyaksikan bacaan purata antara 50 dan 100.

Manakala 22 kawasan selebihnya mencatatkan IPU sihat.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.