Categories
NASIONAL

My Changemakers sinari ‘kegelapan’ Sarawak

PETALING JAYA 28 JAN: My Changemakers memperuntukkan sebanyak 200 unit solar untuk dipasang di beberapa buah kampung pedalaman Sarawak.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, berkata sebanyak 114 unit solar berjaya menyinari hampir 100 keluarga di beberapa buah kampung di Ba Kelalan.

Katanya, My Changemakers sedaya-upaya mencari dana dan peruntukan kewangan bagi membina jalan penghubung selamat dan bermanfaat kepada rakyat memerlukannya, khususnya di kawasan pedalaman.

unnamed (3)“Pembinaan jalan penghubung di beberapa kawasan rumah panjang di Sarawak merupakan salah satu inisiatif My Changemakers dalam projek fasa kedua.

“Rancangan pembangunan jalan penghubung ini demi kemudahan harian rakyat Sarawak menjalani kehidupan pada masa hadapan,” kata Nurul Izzah dalam kenyataan media.

Katanya, cita-cita untuk membangunkan rakyat Sarawak ini diteruskan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Kini, My Changemakers mampu memulakan langkah penuh harapan, memenuhi impian sebahagian daripada 1.2 juta rakyat Sarawak yang tinggal di luar bandar.

“Menyinari beberapa buah kampung daripada 216 kampung atau 36 peratus yang masih belum menerima bekalan tenaga elektrik.

“Menceriakan sebahagian 250,000 rakyat Sarawak yang tidak mendapat akses tenaga elektrik,” katanya,

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.