Categories
BERITA UTAMA

Selamat Hari Wanita Sedunia!

OLEH : Zuraida Kamaruddin

Bagaimanakah cara yang terbaik bagi separuh daripada populasi dunia yang terdiri daripada wanita akan meraikan hari wanita? Bagi mereka yang bekerjaya, pastinya sedang sibuk menyiapkan presentasi, mengejar deadline ataupun bertemu pelanggan.

Bagi seorang suri rumah pula, pastinya akan sibuk menyediakan makanan, mengemas rumah sebelum menghabiskan masa bersama anak-anak. Jadi bagaimana pula masa untuk wanita itu sendiri?

Apakah mereka mempunyai masa untuk berehat, membaca buku ataupun memanjakan diri sebagai hadiah untuk diri sendiri?

Wanita sering lupa untuk menjaga dirinya sendiri. Berapa ramai wanita mempunyai masa untuk menjaga keperluannya sendiri? Maka pada hari yang istimewa ini, saya menyeru kepada semua wanita untuk melakukan sesuatu yang baik untuk diri mereka sendiri.

Iktiraf dan berterima kasihlah kepada diri anda sendiri untuk semua kerja keras yang telah anda lakukan sebagai seorang anak perempuan, kakak, isteri, ibu atau nenek.

Laporan Indeks Jurang Jantina Global 2015

Sebagai seorang wanita, saya bersyukur menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia- Saya bercakap bagi pihak semua wanita yang merasakan perkara yang sama.

Kita sedang memperjuangkan pembaharuan dan kesaksamaan gender, namun apa yang kita rasakan kaum wanita itu masih kerdil. Walau bagaimanapun, Laporan Indeks Jurang Jantina Global 2015 tidak mencerminkan keadaan kita pada hari ini.

Walaupun kita adalah negara maju, tetapi negara-negara lain sedang bergerak jauh lebih maju dari negara kita dengan tertinggalnya kita di belakang Indonesia.

Laporan Indeks Jurang Jantina Global adalah berdasarkan 4 komponen. 1) Penyertaan Ekonomi dan Peluang. 2) Pencapaian Pendidikan. 3) Kehidupan dan Kesihatan. 4) Politik dan Pemberdayaan.

Menurut laporan tersebut, pada 2013 Malaysia berada di kedudukan 102, kemudian turun kepada 107 dan 111 dalam tempoh dua tahun berikutnya. Manakala Indonesia telah ditempatkan di tangga 95, 97 dan kemudian 92 untuk tempoh tiga tahun yang sama.

Di bawah kategori Pemberdayaan Wanita, Malaysia terjejas dalam kedudukan 121, 132 dan 134 dalam trend yang menurun manakala Indonesia megambil tempat 75, 86 dan 71 bagi tempoh yang sama diantara tahun 2013-2015.

Pada 2013, Najib kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia semasa pilihanraya umum. Manakala pada tahun 2014, Jokowi dipilih sebagai Perdana Menteri Indonesia.

Terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua pemimpin ini. Paling mengejutkan apabila Pusat Penyelidikan PEW, Malaysia mempunyai kecenderugan yang lebih tinggi terhadap ISIS berbanding Indonesia yang merupakan rumah kepada penduduk Islam terbesar di dunia.

Pemimpin Baru Wanita Semasa

Kebanyakan negara di dunia masih tidak mempunyai pemimpin wanita. Sebuah organisasi antarabangsa yang dikenali sebagai “Wanita dalam Politik Forum Global” melancarkan kempen #pledgeforparity khususnya bagi pemimpin lelaki memperjuangkan kepentingan wanita dalam arena politik.

Kempen ini akan dibawa ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 14-25 Mac.

YAB Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor membuat ikrar untuk terus menyokong wanita dalam merangka dasar yang lebih bermanfaat terhadap wanita dan kanak-kanak melalui Dewan Undangan Negeri Selangor.

Pada masa kini, Program Home Maker diperkenalkan bagi membolehkan wanita profesional untuk bekerja waktu anjal yang akan dikelola oleh PWB (Pusat Wanita Berdaya).

Antara perkara lain, tingkatnya kemahiran wanita akan membuka peluang pekerjaan yang lebih baik buat mereka. YAB Mohamed Azmin juga telah mengambil bahagian dalam program HeForShe yang telah dianjurkan olah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Di sini terdapat beberapa tambahan terbaru bagi wanita yang dipilih menjadi Presiden dan Perdana Menteri:

1) 16.01.2016- Presiden Tsai Ing Wen Taiwan

2) 16.11.2015- Perdana Menteri Beata Szydło, Poland

3) 29.10.2015- Presiden Bidhya Devi Bhandari, Nepal

4) 05.06.2015- Presiden Ameenah Gurib-Fakim, Mauritius

5) 21.03.2015- Perdana Menteri Saara Kuugongelwa-Amadhila, Namibia

6) 18.02.2015- Presiden Kolinda Grabar-Kitarović, Croatia

Malaysia masih meniti hari untuk memilih Perdana Menteri Wanita atau Ketua Menteri Wanita sebagai pemimpin mereka.

Pada masa ini kita masih merangkak untuk memenuhi ikrar 30 peratus partisipasi wanita dalam politik kerana terdapat banyak halangan dan kesukaran untuk mendapatkan sokongan daripada rakan-rakan lelaki dalam parti.

Kami menyeru untuk mendapatkan kerjasama rakan-rakan lelaki kami untuk memudahkan partisipasi wanita dan juga menyertai #pledgeforparity.

Dalam pada masa kita bersyukur, jangan kita lupa yang kita harus menjaga diri kita sendiri dengan memperbaiki kehidupan untuk arah yang lebih baik.

Mendiang Margaret Thatcher, apabila dipilih sebagai Perdana Menteri Britain pada pilihan raya 1979 berkata, “Di mana adanya perselisihan, semoga kita yang membawa keharmonian.

Jika terdapat kesilapan, semoga kita yang membawa kebenaran. Jika terdapat keraguan, semoga kita terus mempercaya. Dan apabila ketika ada putus asa, semoga kita yang akan membawa harapan.”

Selamat Hari Wanita Sedunia.

* Zuraida Kamaruddin adalah Ketua Wanita Keadilan dan Ahli Parlimen Ampang

Leave a Reply

Your email address will not be published.