Categories
SELANGOR

Yuzy, YY Pang saran negeri lain contohi Selangor

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 5 MAC: Negeri lain disarankan mencontohi Selangor yang sedia berkerjasama dengan penganjur Kejuaraan Cup Prix Malaysia 2016 bagi memastikan sukan itu terus mendapat sambutan dalam kalangan generasi muda.

Bekas pelumba MotoGP kategori Moto2 (250cc), Shahrol Yuzy Ahmad Zaini, berkata langkah Kerajaan Negeri memperkenalkan pelumba dan pasukan dari negeri itu disifatkan sebagai langkah proaktif.

20160304_162445Katanya, ia bertepatan sebelum tirai kejuraan dibuka pada 12 hingga 13 Mac ini di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

“Syabas dan tahniah kepada Kerajaan Selangor kerana mengadakan majlis memperkenalkan pelumba dan saya harap negeri lain dapat mencontohinya untuk memeriahkan lagi kejuaraan kali ini,” katanya yang juga pemilik pasukan Givi Honda Yuzy Racing.

Beliau berkata demikian ketika memperkenalkan pelumba pasukannya pada Majlis Pelancaran Kejuaraan Cub Prix Malaysia musim 2016, Pusingan Pertama dan memperkenalkan pasukan serta pelumba dari Selangor di Metro Point, Kajang di sini, semalam.

Sementara itu, lagenda sukan pemotoran negara, Pang Yoke You atau lebih dikenali YY Pang pula menganggap langkah itu adalah perkembangan positif apabila Kerajaan Negeri melibatkan diri secara proaktif dalam sukan pemotoran.

20160304_162116“Sebelum ini, tidak ada seperti ini. Pasukan atau pelumba hanya dikenali melalui media bila ada perlumbaan dijalankan, tetapi Kerajaan Selangor buat satu kelainan dengan mengadakan program khas memperkenalkan pelumba dan pasukan bertanding.

“Ini sesuatu yang sangat baik dan menunjukkan pengiktirafan Kerajan Negeri terhadap sumbangan pelumba, pasukan dan juga sukan ini sendiri secara amnya,” katanya.

Pusingan pertama Kejohanan Cup Prix Malaysia 2016 akan dijalankan pada 12 hingga 13 Mac di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) diikuti sembilan lagi pusingan di Pulau Pinang, Perlis, Kelantan, Perak, Terengganu, Johor, Pahang dan Negeri Sembilan.

Kejuaraan ini akan mempertandingan tiga kategori utama iaitu, Wira, CP115 dan CP130.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.