Categories
SELANGOR

Food Festival Gempak Unisel, lahir usahawan muda

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 9 APR: Julung kalinya diadakan, penganjuran Food Festival Gempak UNISEL dilihat mampu melahirkan usahawan muda terdiri daripada mahasiswa Universiti Selangor (UNISEL).

Melalui pembukaan lebih 56 buah gerai di perkarangan tempat meletak kenderaan universiti berkenaan, program tersebut menawarkan pelbagai jualan makanan, minuman, cenderahati dan pakaian pada kadar minima.

Nur Azimah Noor Azhar, salah seorang mahasiswa UNISEL, berkata program seumpama itu memberi peluang kepada golongan muda untuk lebih kreatif melibatkan diri dalam kegiatan keusahawanan dan pengurusan.

Food Festival“Ia melatih kami untuk berdaya saing sebelum menghadapi situasi sebenar alam pekerjaan selepas tamat belajar nanti.

“Jadi dalam tempoh awal yang diberikan pensyarah, kami diajar untuk menyediakan satu program keusahawanan untuk dinilai di bawah projek akhir kami,” katanya kepada SelangorKini.

Seramai 79 pelajar Diploma UNISEL yang mendaftar di bawah subjek Keusahawanan dinilai di bawah program itu.

Dalam pada itu, selain menyediakan produk jualan kepada pelanggan, program tersebut menyajikan pelbagai bentuk persembahan kumpulan muzik gig, Se7en.

Food Festival (1)Malah, pameran kenderaan Honda turut dipamerkan sepanjang program dua hari itu berlangsung.

Orang ramai berpeluang untuk turun beramai-ramai sehingga Ahad ini, bermula jam 9 pagi hingga 9 malam.

-nR-

Leave a Reply

Your email address will not be published.