Categories
SELANGOR

King of 2T di Litar Rakyat gilap potensi ke peringkat tinggi

OLEH : NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 11 APR: Usaha Kerajaan Negeri mewujudkan Litar Lumba Rakyat tidak sia-sia berikutan litar berhampiran Stadium Kuala Selangor itu mendapat sambutan menggalakkan anak muda yang berminat melibatkan diri dalam sukan pemotoran.

Hal itu berikutan litar sepanjang 1.1 kilometer itu membolehkan anak muda mengasah bakat mereka dalam sukan lumba motor di litar berkenaan dengan kos ‘mampu milik’.

Kejohanan Motor 2T di Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor (ASRI) (2)Pemenang tempat ketiga kategori Mix 4T Pro, Mohd Azmil Ahmad, 23, berkata kewujudan litar sepanjang 1.1 kilometer itu membolehkan beliau mengasah bakat dan kemahiran menunggang tanpa melibatkan kos tinggi seperti di kebanyakkan litar lain.

“Saya selalu berlatih di sini kerana litar sini agak baik untuk pelumba, malah boleh digunakan untuk perlumbaan Cup Prix kerana terdapat banyak ciri taktikal dan ciri lain.

“Memang bagus untuk semua,” kata beliau kepada SelangorKini pada Perlumbaan King Of 2T yang dilangsungkan di Litar Rakyat di sini, semalam.

Katanya, selain sesuai untuk dijadikan tempat latihan, Litar Lumba Rakyat juga sesuai untuk sebarang pertandingan bagi mencungkil bakat baru untuk dibawa ke pertandingan lebih berprestij.

Kejohanan Motor 2T di Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor (ASRI) (4)“Perlumbaan begini boleh membawa kami ke peringkat lebih tinggi lagi. Kerana saingan di peringkat ini memberi pengalaman. Kebanyakkan berlatih di sini juga semakin handal dan cekap mengawal jentera,” katanya lagi.

Bagaimanapun katanya, terdapat beberapa aspek yang boleh diberikan penambahbaikan seperti memperbanyakkan ciri keselamatan dan mutu turapan permukaan litar.

Pelumba kategori Mix Full Fairing dan dan Mix 2T Pro, Mohd Zaidi Masri, 23 pula menjelaskan perlumbaan yang diadakan di sini memberi peluang kepada golongan muda setempat menimba pengalaman sebelum mencuba di peringkat lebih tinggi.

“Perlumbaan begini dapat menimba dan berkongsi pengalaman dengan bertemu pelumba lebih berpengalaman untuk dapatkan panduan berguna, mempelajari teknik tunggangan dan lain-lain,” kata Mohd Zaidi pula.

Sementara itu Pengarah UMA Racing syarikat penaja pertandingan King Of 2T, Jason Yong pula mendapati mutu litar dan pelumba menyertai pertandingan kali ini semakin tinggi berbanding sebelumnya.

“Standard di litar ini semakin baik dan sebab itulah UMA Racing menaja di sini untuk kita beri peluang kepada semua pelumba dalam pertandingan sesuai. Kita juga nak lahirkan pelumba baru berbakat mungkin boleh dibawa ke Malaysia Cub Prix.

“Melalui cara ini, pasukan ada boleh mencari bakat baru untuk dijadikan pelumba profesional mereka. Pada pengalaman saya, hero mungkin ada seorang dua sahaja dalam sesuatu kejuaraan.

“Ada pelumba berusaha tetapi tidak gagal menyerlah sebagai ‘hero’, jadi apa peluang lain ada untuk pelumba seperti ini? Jadi kita buka pertandingan seperti ini supaya mereka mendapat peluang mencuba lagi,” kata Jason.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.