Categories
SELANGOR

MPS gempur pusat judi dan rumah urut

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 11 APR: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengeluarkan kompaun RM25,000 ke atas beberapa pusat snuker yang menjalankan judi atas talian tanpa lesen dan rumah urut sewaktu operasi bersepadu di sebuah bangunan empat tingkat di Selayang Baru pada 7 April lalu.

Timbalan Yang Dipertua MPS, Juhari Ahmad, berkata tindakan tegas diambil dengan menyita peralatan termasuk 97 set komputer, dua meja judi dan mesin dart.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS)“Sewaktu kami sampai bersama pihak polis dan Imigresen taktik mengunci pintu depan dan memadamkan lampu seolah-olah premis itu tidak beroperasi namun gagal kerana tindakan serbuan tetap dijalankan.

“Dipercayai pelanggan sempat mengosongkan premis sebaik menyedari kenderaan penguatkasa tiba namun komputer yang digunakan untuk perjudian tidak sempat,” katanya yang juga Ketua Operasi.

katanya, sebelum ini, pusat snuker tersebut ada membuat permohonan kepada MPS bagi aktiviti berkenaan tetapi permohonan ditolak MPS.

Sementara itu, dua rumah urut dikenakan kompaun RM1,000 dan sitaan kerana menjalankan operasi tanpa kebenaran.

“Operasi bersepadu terus dijalankan pada masa akan datang bagi membanters aktiviti tersebut aktif beroperasi,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.