Categories
SELANGOR

Program HIJRAH bantu usahawan luaskan perniagaan

OLEH : SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 16 APR: Rata-rata peniaga kecil kini memilih pinjaman melalui permohonan Program HIJRAH yang lebih mudah dan tidak membebankan.

Peniaga, Norsiah Rashid, 50, berkata itu adalah kali pertama beliau memperoleh pinjaman berjumlah RM10,000 bagi perniagaan onlinenya.

HIJRAH SELANGOR“Sebelum ini saya pernah membuat permohonan bank dan prosesnya yang leceh memerlukan pelbagai dokumen dan slip gaji jadi ia menyukarkan kami peniaga kecil.

“Dengan Program HIJRAH, prosesnya amat mudah,” katanya ibu tunggal ini.

Beliau ditemui selepas menerima baucar HIJRAH di Cawangan Hijrah Subang di sini.

Pemilik Syarikat Lori, M. Tarmatiban, 27, berkata HIJRAH memberi peluang kepada beliau untuk mengembangkan syarikat lori dan mempromosikan perniagaan pengurusan acaranya lebih luas.

“Saya membuat pinjaman sebanyak RM5,000 dan saya akan memanfaatkan untuk membaik pulih van yang ada supaya boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang

“Lebih penting HIJRAH tidak membebankan saya dengan faedah yang tinggi dan saya hanya perlu bayar sebanyak RM70 seminggu untuk tempoh 50 minggu sahaja,” katanya.

Sementara itu, Zuriana Md Surim, 34, yang baru mula berjinak dalam bidang perniagaan tudung dan pakaian setahun lalu merasakan HIJRAH memberinya peluang mengembangkan lagi perniagaan.

“Sebelum ini saya hanya menggunakan duit modal yang ada kerana untuk membuat membuat pinjaman bank agak sukar diluluskan bagi peniaga baru seperti saya.

“Proses HIJRAH amat mudah cepat dan tidak membebankan saya mencari penjamin untuk permohonan saya diluluskan.

“Inisiatif Kerajaan Negeri ini amat membantu peniaga kecil seperti kami dan diharap tahun hadapan Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan lebih besar kerana masih ramai peniaga memerlukan bantuan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.