Categories
SELANGOR

UMA Racing rancang terlibat lebih aktif menaja King Of 2T

OLEH : NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 11 APR: Syarikat pengeluar dan pembekal jentera dan peralatan perlumbaan sukan pemotoran, UMA Racing Sdn Bhd bersedia terlibat secara aktif dalam penganjuran King Of 2T pada masa akan datang.

Pengarah UMA Racing, Jason Yong, berkata langkah itu diambil bagi memastikan lebih ramai bakat muda menyertai pertandingan ini dan sekaligus mengenal pasti pelumba yang boleh diketengahkan pada kejohanan lebih mencabar.

Final 4 Abas Winner“Pada masa ini UMA Racing lebih menumpukan kepada Malaysia Cup Prix dan untuk ‘King of 2T ini kami lebih terlibat jalinan persahabatan menaja memberi sokongan kepada penaja tetapi selepas ini kemungkinan UMA Racing terlibat lebih banyak dalam perlumbaan seperti ini,” kata Jason kepada SelangorKini pada Perlumbaan King Of 2T di Litar Rakyat Kuala Selangor di sini, semalam.

Katanya, peningkatan penyertaan dicatatkan pada penganjuran kali ini membuktikan semakin ramai anak muda berbakat yang ingin mencuba nasib dalam sukan permotoran ini.

Selain itu, beliau juga mendapati kualiti pelumba dan piawaian litar juga semakin baik sekaligus meningkatkan tahap persaingan sesama pelumba.

“Saya tengok ‘standard’ di litar ini semakin baik. UMA Racing menaja di sini umpama kelas baru sebab kita nak beri peluang kepada semua pelumba dengan pertandingan sesuai.

“Kita juga nak lahirkan pelumba baru berbakat yang mungkin boleh layak ke Malaysia Cub Prix,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.