Categories
SELANGOR

Anuar Abas muncul juara King of 2T

OLEH : HAFIZAN TAIB

KUALA SELANGOR, 30 MEI: Anuar Abas mempamerkan tunggangan cemerlang seterusnya muncul juara King Of The King (KOTK) pusingan kedua dalam siri perlumbaan King Of 2T (KO2T) di Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor (LLRKS), di sini, semalam.

Prestasi baik pelumba Abas Motor berusia 25 tahun dengan jentera Yamaha membolehkannya mengenepikan cabaran pelumba lain untuk menguasai litar sejauh 1.1 kilometer (km) itu.

King of 2T Litar Rakyat Kuala Selangor(ASRI) (3)“Saya berusaha gigih untuk menang dan dengan bantuan jentera yang bagus dalam perlumbaan membolehkan saya menjuarainya.

“Kemenangan ini memberikan saya motivasi untuk terus meningkatkan prestasi bagi menghadapi pusingan seterusnya,” katanya kepada SelangorKini di sini, semalam.

Juara KOTK 2014 dan tahun lalu itu berkata, beliau berusaha mengekalkan momentum itu bagi perlumbaan seterusnya yang dijangka lebih mencabar dari pelumba dan pasukan lain.

Pemenang kedua, Afiq Ashraf, 17, berkata, dengan sokongan kuat pasukan membolehkan dirinya bertindak cemerlang dalam perlumbaan itu.

“Saya gembira dengan kemenangan ini dan akan terus berusaha bagi meraih kedudukan lebih baik dalam perlumbaan seterusnya.

“Dengan terus menjalani latihan dan meningkatkan stamina ditambah jentera baik diharap mampu memberikan kejayaan untuk saya juga pasukan,” kata pelumba Amin Racing 555 itu.

Selain KOTK sebagai acara utama, KO2T juga mempertandingkan 10 kategori lain iaitu Mix Scooter (4T & 2T), Mix 120cc, Mix All Star, Mix Sport Production, One Made Yamaha, One Made Suzuki, Mix 4T Stock, Mix 4T Pro, Mix 2T Pro dan Uma Racing Cup.

KO2T pusingan pertama dilangsungkan April lalu, akan berehat pada Ramadan dan memasuki pusingan ketiga pada awal Ogos depan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.