Categories
SELANGOR

Kekuatan Red Giants dipersiap hadapi Piala Malaysia

OLEH : AFIX REDZUAN

KOTA BHARU, 22 MEI: Selangor bakal memanfaatkan tempoh rehat saingan Liga Super bagi membaiki kelemahan sedia ada sebelum menghadapi cabaran Piala Malaysia.

Jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan, berkata Selangor bersedia untuk diundi menentang sebarang pasukan namun berharap pemainnya dapat mengekalkan prestasi cemerlang.

IMG_20160521_234419-800x689“Bagi saya kita kena berusaha lagi. Pusingan kedua Liga Super baru bermula dan diharap walapun kita diundi dengan mana-mana pasukan mereka mengekalkan corak permainan sebegini,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan menetang Kelantan.

Katanya, The Red Giants berdepan cabaran sengit bagi mengekalkan kejuaraan musim lalu dan beliau tidak sesekali memandang rendah pasukan bakal diundi bersama Selangor.

Undian kumpulan saingan Piala Malaysia pada Isnin ini menyaksikan Selangor selaku juara 33 kali diletakkan dalam Balang 1 bersama Johor Darul Takzim (JDT), Felda United dan Terengganu T-Team.

Mengulas mengenai desakan penyokong mutakhir ini disebabkan kemerosotan persembahan Selangor, beliau mengakui berdepan sedikit tekanan.

Namun beliau berharap kemenangan 2-5 mengatasi Kelantan semalam dapat meredakan suasana.

“Saya tidak nafikan terdapat tekanan mengendalikan pasukan besar seperti Selangor.

“Kita tahu Selangor satu ketika dahulu adalah pasukan gergasi dan peminat mahukan yang terbaik.

“Alhamdulillah walaupun saya mendapat tekanan hebat itu memberikan pengajaran baik dan saya terima selagi pengurusan memberikan kepercayaan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.