Categories
SELANGOR

Liga Sukan Selangor Plus, cungkil bakat anak Sungai Besar

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 21 MEI : Kejohanan Liga Sukan Selangor Plus 2016 diteruskan penganjurannya di sekitar Sungai Besar dan Sabak Bernam Jun ini, kata Timbalan Pengarah Majlis Sukan Selangor (MSN), Mohd Najwan Halimi.

Beliau berkata, program tersebut diadakan bagi menarik lebih ramai golongan muda melibatkan diri dalam aktiviti sukan khususnya di kawasan pinggir bandar.

MSN SUKAN“Penganjurannya juga diadakan bagi mengenal bakat muda berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Maknanya kalau mereka bagus, mungkin kita boleh tampilkan mereka untuk diserap dalam program pembangunan sukan untuk kejohanan SUKMA (Sukan Malaysia) dan lain-lain lagi,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau mengulas inisiatif MSN untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri memacu kepada perkembangan sosio-ekonomi golongan belia di Selangor.

Mohd Najwan berkata, MSN terus konsisten menyokong usaha Kerajaan Negeri dengan memberi tumpuan terhadap aspek pembangunan belia Selangor, demi manfaat jangka panjang semua pihak.

“Sejak dari awal lagi banyak program pembangunan belia di bawah Exco Amirudin dijalankan.

“Kita jangka banyak lagi program akan diteruskan untuk jangka panjang melalui penambahan peruntukan lebih besar terhadap golongan belia,” katanya.

Sebelum ini, pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan peruntukan besar bagi memperkasa pembangunan modal insan dan belia Selangor ketika pembentangan Belanjawan negeri tahun lalu.

Ini termasuklah pemberian RM500,000 bagi penganjuran pembangunan belia membabitkan pertubuhan dan organisasi bukan kerajaan untuk menganjurkan program dan aktiviti selari dengan Dasar Belia Selangor.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.