Categories
SELANGOR

LLRKS buka ruang anak muda sertai perlumbaan sebenar

OLEH : HAFIZAN TAIB

KUALA SELANGOR, 30 MEI: Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor (LLRKS) di sini membuka ruang kepada anak muda yang mengemari sukan permotoran mengasah bakat dan menyertai perlumbaan sebenar.

Kesempatan itu wajar digunakan sepenuhnya mereka berminat dengan mengikuti program dan perlumbaan dianjurkan supaya menghindari diri daripada terbabit dalam aktiviti tidak berfaedah dan menyalahi undang-undang.

LITAR RAKYAT“Litar ini memang bagus dan memberi peluang kepada saya serta rakan lain mendapat bimbingan betul selain menyertai perlumbaan sebenar melalui acara dijalankan penganjur.

“Pendekatan sebegini mendatangkan kebaikan kepada anak muda yang ada di antaranya terbabit dalam perlumbaan haram di jalanan,” kata Masliyani Mohd Misran, 25, kepada SelangorKini di sini, semalam.

Mantan pelumba jalanan itu berkata, perlumbaan King Of 2T (KO2T) anjuran Kelab Sukan Bermotor Inspirasi inisiatif baik dalam melahirkan bakat baru sukan permotoran negara.

King of 2T Litar Rakyat Kuala Selangor(ASRI) (1)“Ramai anak muda minat berlumba dan adanya LLRKS membuka ruang untuk mereka mengilap bakat seterusnya memenuhi cita-cita ke peringkat lebih tinggi,” kata pelumba AAA Carage dikenali Angah Ayu itu.

Rozaidi Hassan, 25, atau Eddy berkata, penganjuran KO2T adalah antara usaha baik dilakukan pihak berkaitan untuk pelumba terutamanya baru bagi membina kerjaya sebagai pelumba.

“Ia harus digunakan sepenuhnya mereka yang berminat untuk berjaya dalam bidang ini.

“Disarankan rakan lain menggunakan kemudahan ini dengan terbabit dalam perlumbaan sebenar demi kebaikan diri dan semua,” kata mantan pelumba jalanan dari pasukan MG Racing itu.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti dijalankan di LLRKS hampir saban minggu mampu menarik minat golongan remaja menceburi sukan permotoran dan mempopulkarkannya.

“Remaja sukakan aktiviti seperti ini dan ramai bakat muda dapat dicungkil menerusinya,” katanya kini membimbing pelumba muda dikenali Hakimi, 12.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.