Categories
NASIONAL

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Anwar

PUTRAJAYA 23 MEI: Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Ramli Yusuff bagi memberi keterangan insiden ‘mata lebam’ dalam prosiding semakan keputusan kes fitnah liwatnya ditolak Mahkamah Persekutuan.

AnwarPerkara itu diputuskan panel lima hakim diketuai Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Permohonan itu difailkan Anwar pada Jun 2015 bagi membuktikan dakwaan konspirasi politik dalam kes berkenaan yang  digunakan bagi semakan hukuman ke atas beliau bagi kes fitnah liwatnya.

Anwar yang kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh turut hadir pada prosiding itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.