Categories
SELANGOR

Park n Ride galak warga PJ guna pengangkutan awam

OLEH : SYASYA SUFIAN

PETALING JAYA, 21 MEI: Sebanyak RM4 juta diperuntukkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk menjadikan Taman Tasik Jaya sebagai Taman PJ Ekomobiliti Centre of Environment, Technology and Development Malaysia (CETDEM) menjelang 2017.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata peruntukan itu untuk menaik taraf landskap di kawasan itu supaya mesra alam dengan membangunkan kemudahan awam seperti mesra Orang Kelainan Upaya (OKU), mesra pengangkutan awam dan lorong basikal.

MBPJ“MBPJ turut merancang untuk mengadakan tempat letak kereta di taman ini yang mempunyai keluasan tanah 15.4 ekar yang boleh menempatkan sebanyak 326 petak letak kereta.

“Tujuan membina letak kereta itu sebagai sistem ‘Park n Ride’ untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, PJ City bus dan bas Smart Selangor. Secara tidak langsung dapat mengubah Petaling Jaya kepada bandar rendah karbon,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Taman PJ Ekomobiliti di Taman Tasik Jaya, Petaling Jaya, Selangor, hari ini.

Mohd Azizi berkata, tempat kereta itu dilaksanakan MBPJ di stesen LRT Asia Jaya dan Taman Bahagia Fasa Satu manakala di Taman Bahagia Fasa Dua, Taman Jaya dan Taman Paramount sedang dilaksanakan.

“Apabila siap tempat letak kereta tersebut, hanya lima minit berjalan kaki dari Tasik Jaya ke Stesen LRT Taman Jaya orang ramai dapat menggunakan pengangkutan awam.

“Selain itu, di peringkat antarabangsa, MBPJ dengan kerjasama CETDEM sedang merangka untuk melakukan pembentangan bersama projek PJ Ekomobiliti ini dalam ‘Ecomobility World Festival’ di Kaohsiung, Taiwan tahun hadapan,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.