Categories
SELANGOR

Piala ADN Bangi dapat sambutan menggalakkan

OLEH: LIZAWATI MADFA

KAJANG, 17 MEI: Penganjuran acara tahunan Piala ADUN terus menerima sambutan menggalakkan daripada pasukan dan kelab bola sekitar Bangi.

Ahli Dewan Negeri (ADN), Shafie Ngah, berkata program itu juga menepati sasaran mengeratkan silaturrahim dan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

“Saya berasa bangga dan gembira dengan penyertaan anak-anak muda yang berbakat dalam sukan bola sepak.

pialaadun“Terima kasih kepada ibu bapa dan pengurus kelab yang memberi komitmen dan sokongan kepada program ini,” katanya kepada SelangorKini.

Pada 13 Mei lalu, beliau menyempurnakan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola sepak Bawah 14 Tahun Piala ADUN di Taman Berjaya, Sungai Chua, Kajang.

Kejohanan anjuran ADN Bangi dengan kerjasama DACS Serdang itu disertai sepuluh pasukan.

Johan dimenangi Harimau United FC yang menerima wang tunai berjumlah RM500, piala ADN Bangi dan medal.

Sementara itu, Kelab Bolasepak Bangi junior bergelar Naib Johan dengan wang tunai RM400 serta medal.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.