Categories
SELANGOR

PKNS bangunkan tanah rizab Melayu Dengkil manfaat jangka panjang

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 23 MEI : PKNS kini sedang memuktamadkan proses pembelian sebidang tanah berstatus rizab Melayu di Dengkil kata Pengurus Besarnya, Azlan Md Alifiah.

Beliau berkata, tanah seluas 150 ekar itu berpontensi untuk dimajukan demi manfaat jangka panjang masyarakat di kawasan itu.

PKNS“Kerajaan Negeri melihat potensi besar tanah rizab Melayu untuk dimajukan, justeru PKNS melalui anak syarikat kami ingin mengembangkan fokus untuk membangunkan tanah rizab Melayu.

“Sekarang adalah masa tepat memberikan tumpuan kepada penyediaan rumah kos sederhana tinggi kepada kumpulan berpendapatan sederhana tinggi berdasarkan permintaan perumahan berkualiti kini,” katanya.

Ketika ini, kebanyakan tanah rizab Melayu yang berpotensi untuk dibangunkan bersaiz kecil berskala lima hingga 10 ekar.

Jumlah ini agak terhad untuk membangunkan lebih banyak perumahan yang mampu dimiliki rakyat berpendapatan sederhana di negeri itu.

Azlan berkata, PKNS terus konsisten mensasarkan pembangunan tanah rizab Melayu ini dengan mengambil kira harga pasaran daripada tanah rizab bukan Melayu.

“Matlamat pembangunan tanah rizab Melayu ini dibina khususnya untuk pembeli Melayu kerana harganya jauh lebih rendah daripada tanah rizab bukan Melayu (tanah biasa).

“Mengikut pasaran kini, anggaran tanah rizab bukan Melayu (tanah biasa) dianggarkan sekitar 20 peratus hingga 30 peratus di bawah harga pasaran,” katanya.

Sehingga kini, tiga anak syarikat PKNS terlibat untuk memajukan tanah rizab Melayu di seluruh iaitu PECB (PKNS Engineering and Construction Sdn Bhd), SIC (Selangor Industrial Corporation), dan PIB (PKNS Infra Bhd).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.