Categories
SELANGOR

Rekod cemerlang senjata terbaik pikat hati rakyat-MB

OLEH NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 14 MEI: Kempen menabur pelbagai projek di saat akhir menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar ditolak Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Sebaliknya, beliau berkata, amalan melaksanakan pelbagai program dan projek pembangunan sepanjang masa mampu menjadi senjata terbaik sebelum turun ke gelanggang pilihan raya.

IMG_20160513_141841“Persiapan di Selangor ini Alhamdullilah baik apabila usaha Kerajaan Negeri membangunkan setiap daerah sudah berjalan lama, bukanlah bila ada pilihan raya kecil barulah kita tergesa-gesa seperti yang saya katakan semalam, program kebajikan rakyat itu berjalan lancar sejak 2008 lagi.

“Selepas saya mengambil alih pada 2014 usaha ini diteruskan dan ditingkatkan termasuk program HIJRAH, perkhidmatan bas percuma Smart Selangor, wifi percuma supaya ada akses kepada internet untuk petani, nelayan dan lain-lain. Program seperti ini berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Kenduri Rakyat dan solat Jumaat di Masjid As-Siraj Kampung Batu 23 di sini, semalam.

IMG_20160513_142308_658Beliau berkata, rakyat sudah semakin bijak untuk menilai sama ada sesebuah kerajaan mampu dan bersungguh-sungguh atau sebaliknya dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Kempen menabur pelbagai ‘projek mi segera’ menjelang pilihan raya sudah menjadi amalan Barisan Nasional (BN) sejak dahulu lagi.

Tindakan itu menyebabkan rakyat tertipu apabila banyak program pecah tanah bagi sesuatu projek semasa kempen pilihan raya akhirnya tidak dilaksanakan dengan meninggalkan ‘batu nisan’ di atas tapak projek yang dicadangkan.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.