Categories
SELANGOR

Sabak Bernam penerima tertinggi skim HIJRAH

OLEH NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 13 MEI: Seramai 2,963 peniaga kecil di daerah Sabak Bernam berjaya menerima pembiayaan HIJRAH membabitkan kos RM13.9 juta setakat ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata jumlah itu adalah tertinggi berbanding daerah lain di Selangor.

AZMIN HIJRAH“Program penyerahan pembiayaan lebih RM7 juta (petang semalam) ini melibatkan 1,247 orang usahawan dan daerah Sabak Bernam adalah penerima tertinggi mendapat bantuan Kerajaan Negeri.

“Statistik membuktikan di daerah Sabak Bernam sahaja, sejumlah 2,963 usahawan mendapat pembiayaan HIJRAH sejak ia dilancarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Baucar Pembiayaan Kepada Usahawan Hijrah Selangor di Dewan Sri Sabak Bernam di sini, semalam.

Sementara itu, program yang diadakan pada petang semalam mendapat sambutan hangat masyarakat setempat apabila dihadiri kira-kira 2,000 hadirin termasuk penerima pembiayaan.

Selain menyerahkan pembiayaan HIJRAH, Mohamed Azmin dalam rangka lawatan dua hari ke daerah itu turut meluangkan masa bertemu masyarakat setempat di beberapa masjid dan surau di sini.

-AA-

Leave a Reply

Your email address will not be published.