Categories
NASIONAL

‘Seorang sekampit beras’ sasar bantu 8,000 keluarga

OLEH: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 21 MEI: Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) mensasarkan untuk membantu 8,000 keluarga fakir miskin sempena bulan Ramadan nanti.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim, berkata sejumlah RM600,000 diperlukan bagi merealisasikan sasaran itu.

Katanya, sasaran kali ini hampir sekali ganda berbanding sumbangan pada 2015 iaitu RM340,000 dengan jumlah penerima 5,000 keluarga.

beras“Kita menggandakan jumlah sumbangan dengan mengambil kira kos sara hidup yang semakin tinggi, terutama di kawasan Lembah Klang.

“Simbolik sekampit beras menggambarkan keperluan makanan asasi yang perlu ada, sekurang-kurangnya dapat menampung keperluan hidup terutama kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Memasuki tahun ke-10 penganjurannya, KSSB bukan sekadar dilaksanakan di sekitar Lembah Klang tetapi meliputi bantuan ke seluruh negara.

Raimi berkata, ABIM turut berperanan sebagai agen penyerahan sumbangan kepada komuniti saudara baru.

“Untuk saudara baru, kita salurkan menerusi Islamic Outreach ABIM (IOA).

“Manakala untuk golongan Muslim Rohingnya pula menerusi Muslim Minoriti Community-Rohingnya,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.