Categories
NASIONAL

Kenaikan dolar AS dorong penyusutan ringgit

SHAH ALAM, 19 JAN: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), hari ini ekoran kebimbangan baharu terhadap kemungkinan kenaikan kadar faedah AS, kata peniaga.

Pada jam 9.10 pagi ini, unit tempatan diniagakan pada 4.4480/4530 berbanding dolar daripada 4.4430/4460, semalam.

Seorang peniaga berkata, dolar kembali pulih selepas Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen membayangkan bank pusat itu bersedia menaikkan kadar faedah semalaman dalam beberapa tahun akan datang.

Ringgit bagaimanapun diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain, lapor Bernama.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1111/1149 daripada 3.1267/1301, semalam dan mengukuh berbanding pound kepada 5.4515/4580 daripada 5.4724/4784.

Ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.7256/7326 daripada 4.7513/7563 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.8749/8806 daripada 3.9228/9265.

-AA-