Categories
NASIONAL

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR, 4 DIS: Bursa Malaysia dibuka rendah, hari ini berikutan jualan sederhana dalam saham tempatan susulan peningkatan semasa ditutup, pada Isnin.

Pada jam 9.12 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.67 mata kepada 1,696.05, berbanding 1,699.72 semasa ditutup semalam.

Indeks dibuka rendah 2.91 mata kepada 1,696.81.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 154 berbanding 111, dengan 171 tidak berubah, 1,432 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 380.41 juta unit bernilai RM96.25 juta.

Peniaga berkata selepas Sidang Kemuncak G20, pelabur kini memberi tumpuan kepada mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum, dijadualkan pada akhir minggu ini, dengan anggota dijangka mengurangkan pengeluaran.

“Ini dilihat sebagai langkah positif, dilihat pada harga minyak semalam, yang meningkat sebanyak lima peratus,” katanya.

Harga minyak hari ini sebanyak US$61.87 setong, naik 0.29 peratus.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi di Bursa Malaysia, Maybank merosot satu sen kepada RM9.42, Public Bank susut lapan sen kepada RM24.80, Tenaga berkurangan 10 sen kepada RM14.20, manakala Petronas Chemicals naik dua sen kepada RM9.19.

Daripada saham aktif, London Biscuits meningkat dua sen kepada 62.5 sen, Ucrest merosot setengah sen kepada 30 sen, manakala Bumi Armada dan Talam Transform, masing-masing tidak berubah pada empat sen dan tiga sen.

Indeks FBM Emas Shariah naik 0.80 mata kepada 11,788.29, FBM 70 meningkat 26.63 mata kepada 13,676.64 dan Indeks FBM Ace menambah 3.55 mata kepada 4,870.61.

Indeks FBM Emas jatuh 12.10 mata kepada 11,724.16 dan Indeks FBMT 100 merosot 13.96 mata kepada 11,591.55.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 9.27 mata kepada 6,957.03, bagaimanapun Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.19 mata kepada 170.57, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 5.92 mata kepada 17,480.26.

*Sumber: BERNAMA