Categories
EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia meningkat semula

KUALA LUMPUR, 31 JAN: Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi hari ini didorong oleh minat belian dalam kebanyakan saham wajaran tinggi, selain menjejaki prestasi Wall Street dan serantau yang meningkat, kata peniaga.

Pada jam 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.14 mata kepada 1,693.25 daripada 1,684.11 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks dibuka tinggi 10.75 mata kepada 1,694.86.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 203 berbanding 66, manakala 159 kaunter tidak berubah, 1,486 tidak diniagakan dan 84 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 149.82 juta saham bernilai RM80.13 juta.

Wall Street ditutup lebih tinggi susulan keputusan oleh Rizab Persekutuan AS untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah, mengekalkan julat sasaran bagi kadar dana persekutuan pada 2.25 peratus kepada 2.50 peratus.

Sementara itu, peniaga berkata data eksport negara yang menunjukkan peningkatan semula pada Disember walaupun ketidaktentuan disebabkan pertikaian perdagangan AS-China yang berterusan, turut memberi sokongan kepada pasaran ekuiti hari ini.

Pertumbuhan memacu semula kepada 4.8 peratus tahun ke tahun kepada RM83.27 bilion pada Disember berbanding 1.6 peratus pada November, mendorong pertumbuhan tahun penuh kepada 6.9 peratus (2017: 19.3 peratus).

Eksport yang lebih tinggi didorong oleh permintaan terhadap produk elektrik dan elektrik, produk kimia dan bahan kimia serta jentera, peralatan dan komponen.

Malaysia bertentangan dengan trend bagi bulan tersebut berikutan eksport di kebanyakan negara lain terjejas oleh ketidaktentuan perdagangan dengan China.

Beliau juga berkata harga minyak yang lebih tinggi boleh mendorong saham berkaitan minyak dan gas untuk bergerak lebih tinggi hari ini. Penanda aras minyak mentah Brent naik 0.75 peratus kepada US$62 setong.

Petronas Chemicals meningkat 14 sen kepada RM8.47, PetGas menambah 10 sen kepada RM18.00 dan PetDag menokok empat sen kepada RM26.40.

Saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank, masing-masing menambah dua sen kepada RM9.62 dan RM24.84, Tenaga meningkat empat sen kepada RM13.18 dan CIMB naik satu sen kepada RM5.67.

Daripada saham paling aktif, Sapura Energy merosot setengah sen kepada 26.5 sen, Bumi Armada menambah setengah sen kepada 21 sen dan Hubline tidak berubah pada 6.5 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 64.99 mata kepada 11,722.11, Indeks FBMT 100 naik 64.87 mata kepada 11,608.18 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 90.11 mata kepada 11,626.11.

Indeks FBM Ace menokok 28.73 mata kepada 4,404.83 dan FBM 70 naik 86.59 mata kepada 13,877.40.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 51.29 mata kepada 17,615.48, Indeks Perladangan naik 54.49 mata kepada 7,307.97 dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 1.25 mata kepada 161.21.

*Sumber: BERNAMA