Categories
GALERI

Penduduk melonggokkan sampah dan perkakasan rumah yang rosak akibat banjir di hadapan rumah mereka sebelum diuruskan pelupusannya oleh pihak berwajib semasa melakukan kerja pembersihan kediaman masing-masing selepas banjir surut di Kampung Kenangan, Puchong pada 23 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Keadaan tanah runtuh di Genting Peras, Hulu Langat pada 23 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Amirul Hafiz Aman, 32, (kiri) dibantu rakannya Firdaus Md Arif, 32, membersihkan rumahnya di Taman Sri Nanding, Hulu Langat ketika tinjauan keadaan selepas banjir pada 22 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan helikopter menghantar bekalan makanan kepada penduduk terjejas akibat banjir di Stadium Mini Batu 14, Hulu Langat pada 22 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Roslan Abd Manan, 71, melihat barangan isi rumahnya yang rosak dan berlumpur ketika tinjauan keadaan selepas banjir di Batu 11, Kampung Sungai Serai, Hulu Langat pada 22 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Penduduk meredah banjir ketika tinjauan di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam pada 21 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Tuti Osman, 50, membersihkan rumahnya daripada lumpur selepas banjir surut di Pangsapuri Perdana Seksyen 13, Shah Alam pada 21 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Kerja pembersihan sedang dilakukan ketika tinjauan keadaan selepas banjir di Pasaraya Giant, Seksyen 13, Shah Alam pada 21 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Penari kumpulan kesenian Citra Ugik mempersembahkan tarian Paduppa ketika program Junjungan Kasih Melestarikan Budaya Warisan (Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor) di Istana Bandar, Kuala Langat pada 11 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Pempamer, Khoirun Nisya Ruslan, 23, (kanan) menerangkan permainan Qingo kepada pengunjung di gerai pameran Akademi Sinergi Iklas ketika Pesta Buku Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 11 Disember 2021. Qingo membantu belajar dan menguasai perkataan al-Quran dengan lebih menarik, praktikal dan interaktif melalui permainan. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Penari memperagakan pakaian tradisional Malaysia ketika majlis Pelancaran Tourism Selangor Global Convention di Hotel New World Petaling Jaya pada 10 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Pengunjung melihat karya peserta ketika majlis Perasmian Pameran Terbuka Galeri Shah Alam pada 9 Disember 2021. Galeri terletak di Seksyen 14 di sini kembali dibuka pada 10 September lalu selepas Selangor memasuki fasa empat Pelan Pemulihan Negara namun terhad kepada lawatan janji temu. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI