Categories
NASIONAL

Euro 2016: Sepanyol dan Itali menang bergaya

OLEH : AFIX REDZUAN

PARIS, 18 JUN: Dua finalis edisi Euro 2012, Sepanyol dan Italy masing-masing mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati selepas berjaya membenam cabaran lawan dalam perlawanan kedua.

Bertemu Turki, Sepanyol selaku juara bertahan tidak berhadapan masalah besar untuk mengutip tiga mata penuh apabila menang bergaya 3-0.

Alvaro Morata membuka tirai jaringan buat Sepanyol apabila menanduk hantaran ke tengah David Silva pada minit ke-34.

Selang tiga minit kemudian giliran Nolito memastikan La Roja selesa mendahului Turki 2-0 menerusi tolakan mudah selepas beliau berjaya melepasi perangkap off-side.

Morata menggandakan jaringan buat Sepanyol pada awal separuh masa kedua selepas menolak mudah hantaran Jordi Alba pada minit ke-48.

Sebelum itu, Italy yang beraksi dalam Kumpulan E terpaksa menanti hingga ke minit ke-88 untuk mengesahkan kemaraan hasil jaringan tunggal Eder.

Berdepan Sweden, Azzuri dilihat bergelut untuk mendapatkan jaringan dalam aksi seimbang kedua-dua pasukan.

Ketika perlawanan hampir berakhir dengan kuputusan seri, Eder muncul wira Italy dengan gol kemenangan

Pemain Inter Milan itu berjaya memperdaya tiga pertahanan Sweden sebelum merembat kencang ke kanan gawang yang dikawal Andreas Isaksson.

Sebelum ini, Perancis selaku tuan rumah menjadi pasukan pertama mara ke peringkat 16 pasukan terakhir.

Sementara itu, jaringan penalti Tomas Necid pada masa tambahan memastikan Republik Czech bangkit mengikat Croatia dengan keputusan 2-2 dalam satu lagi aksi Kumpulan D.

Croatia terlebih dahulu mendahului perlawanan menerusi jaringan Ivan Prisic pada minit ke-37 hasil satu serangan balas pantas.

Bersambung babak kedua, Ivan Rakitic memastikan Croatia selesa mendahului 2-0 selepas berjaya memperdaya Petr Cech pada minit ke-59.

Republik Czech kembali bangkit menerusi tandukan Milan Skoda pada minit ke-76 selepas menerima hantaran Tomas Rosicky.

Tambahan masa hampir 10 minit yang diberikan pengadil ekoran tindakan penyokong membaling suar ke padang dimanfaatkan sepenuhnya Czech untuk mencari gol penyamaan dan hasilnya mereka dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-94.

Segalanya berpunca daripada kesilapan Domagoj Vida yang menampan bola menggunakan tangan hingga memaksa pengadil menghadiahkan penalti.

Tomas Necid dengan tenang menyempurkankan sepakan penalti bagi memastikan Croatia berputih mata.

EZY

Categories
NASIONAL

Euro 2016: Jerman dan Poland sama liat, Sturridge julang England

OLEH: AFIX REDZUAN

PARIS, 16 JUN: Jerman dan Poland dipaksa berkongsi satu mata selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan awal pagi tadi.

Die Mannschaft selaku Juara Piala Dunia 2014 menguasai hampir 65 peratus permainan gagal membolosi gawang Poland yang dikawal kemas Lukasz Fabianski.

Nasib sama turut menimpa The White Eagle apabila Akradiusz Milik gagal menyempurnakan tidak kurang tiga peluang keemasan untuk menewaskan Manuel Neuer bersama gandingan serangannya Robert Lewandowski.

EURO 2016Dengan keputusan itu kedua-dua pasukan mengumpul empat mata namun dipisahkan dengan perbezaan jaringan selepas dua perlawanan.

Nasib berbeza dialami Ukraine apabila tewas buat kali kedua berturut-turut dengan jaringan 2-0 ditangan Ireland Utara.

Ireland Utara membuka tirai jaringan pada minit ke-49 menerusi tandukan Gareth McAuley hasil sepakan percuma Oliver Norwood.

Malang terus menimpa Ukraine selepas penjaga gol, Andriy Pyatov gagal menangkap kemas sepakan Stuart Dallas lalu dimanfaatkan sepenuhnya Niall McGinn untuk jaringan kedua Ireland Utara.

Dengan keputusan itu Ireland Utara menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan seterusnya berdasarkan merit kedudukan ketiga peringkat kumpulan manakala Ukraine sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Euro 2016.

Sementara dalam perlawanan Kumpulan B, percaturan Roy Hudgson memasukkan dua penyerang pada separuh masa kedua membantu England menewaskan Wales 2-1.

Gareth Bale terlebih dahulu mengejutkan England menerusi jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke-42 sebelum masuk ke bilik persalinan.

Perubahan tektikal pada separuh masa kedua dengan kemasukan dua penyerang, Jamie Vardy dan Daniel Sturridge membuahkan hasil apabila mereka menjaringkan gol penting buat England.

Vardy memulakan kebangkitan The Three Lions dengan gol hasil tampanan ke gawang Wales selepas pertahanan Waled, Ashley Williams gagal mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya pada minit ke-56.

Ketika saingan seolah-olah bakal berakhir dengan keputusan seri, Sturridge muncul wira apabila berjaya menolak bola masuk ke gawang Wales hasil lorongan Dele Alli pada minit ke-92 masa tambahan bagi memastikan tiga mata penuh pertama England dalam kempen Euro 2016.

Dengan keputusan itu, England mengumpul empat mata sambil diekori rapat Slovakia dan Wales masing-masing dengan tiga mata.

-nR-

Categories
NASIONAL

Euro 2016: Perancis mara ke pusingan kalah mati

OLEH : AFIX REDZUAN

PARIS, 16 JUN: Perancis menjadi pasukan pertama layak ke pusingan kalah mati Euro 2016 selepas membenam cabaran Albania 2-0.

Namun, segalanya bukan mudah buat anak buah Didier Deschamps apabila terpaksa menunggu hingga ke minit 90 sebelum berjaya membuka tirai jaringan.

Pemain gantian, Antoine Griezmann menggamatkan perlawanan yang hampir berkesudahan tanpa jaringan selepas berjaya menanduk masuk hantaran Adil Rami bagi memastikan Les Bleus kekal bersaing di laman sendiri.

EURO 2016Penghujung permainan, giliran Dimitri Payet memceriakan penyokong tuan rumah apabila berjaya merembat masuk bola ke gawang Albania yang dikawal Etrit Berisha pada minit ke-96 masa tambahan.

Dengan kemenangan ini Perancis mengumpul enam mata selepas dua perlawanan sambil diekori rapat Switzerland yang sebelum itu seri menentang Romania.

Perancis vs Albania Man Of The Match – Dimitri Payet (Perancis)

Dalam satu lagi aksi Kumpulan A, Switzerland mengukuhkan kedudukan untuk mara ke pusing seterusnya selepas seri 1-1 berdepan Romania.

Meskipun tersentak dengan jaringan awal Romania menerusi sepakan penalti Bogdan Stancu pada minit ke-18, namun jaringan cantik Admir Mehmedi pada pertengahan babak kedua sudah memadai buat Switzerland yang mengumpul empat mata selepas dua perlawanan.

Setakat ini, Stancu menjadi pemain tunggal yang berjaya menyempurnakan dua sepakan penalti selepas dua perlawanan Euro 2016.

Romania vs Switzerland Man Of The Match – Granit Xhaka (Switzerland)

Semantara dalam aksi tunggal Kumpulan B menyaksikan Slovakia berjaya membenam cabaran Russia 2-1.

Slovakia yang tewas pada perlawanan pertama membuka tirai jaringan pada minit ke-32 menerusi Vladamir Weiss yang berjaya memperdaya dua pertahanan Russia sebelum melepaskan rembatan kencang ke gawang.

Marek Hamsik menambah derita Russia sebelum tamat separuh masa pertama juga menerusi rembatan kencang ke kiri gawang selepas menerima umpanan Weiss.

Russia cuba bangkit pada babak kedua namun hanya berjaya memperoleh gol saguhati menerusi tandukan Denis Glushakov pada minit ke-80.

Russia vs Slovakia Man Of The Match – Marek Hamsik (Slovakia)

-nR-