Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON97 naik dua sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter manakala harga runcit RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Mei.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga baharu petrol RON97 ialah RM2.60 seliter.

Menurut kenyataan itu, harga berkenaan adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel walaupun harga runcit APM bagi RON95 dan diesel telah meningkat melebihi harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, katanya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON95, RON97 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 14 APRIL: Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing kekal RM2.05, RM2.54 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 15 hingga 21 April ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga petrol RON95, RON97 naik tiga sen, diesel naik lima sen

KUALA LUMPUR, 4 DIS: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen seliter, manakala harga diesel naik lima sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON 95 ialah RM1.70, RON 97 (RM2) dan diesel (RM1.90).

“Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” demikian menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga petrol naik tiga sen, diesel empat sen

KUALA LUMPUR, 27 NOV: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen seliter, manakala harga diesel naik empat sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.

Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.67, RON97 (RM1.97) dan diesel (RM1.85).

Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, katanya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON95 dan RON97 turun tiga sen, diesel enam sen

KUALA LUMPUR, 6 NOV: Harga runcit RON95 dan RON97 masing-masing turun tiga sen manakala diesel turun enam sen bagi tempoh 7 hingga 13 November ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga RON95, RON97 dan diesel adalah pada harga RM1.61, RM 1.91 dan RM1.68 seliter.

“Harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu hari ini.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON95, RON97 dan diesel turun

KUALA LUMPUR, 24 JULAI: Harga runcit RON95 dan RON97 turun empat sen masing-masing ke RM1.68 dan RM1.98 seliter, manakala diesel pula turun lima sen ke RM1.82 seliter untuk tempoh seminggu dari tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, penurunan harga runcit produk petroleum itu dipengaruhi perubahan harga minyak yang diproses, selari dengan trend harga minyak mentah pada masa ini.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

RON97 turun 2 sen, RON95 dan diesel kekal

SHAH ALAM, 2 OGOS: Harga runcit petrol RON97 turun dua sen iaitu daripada RM2.56 kepada RM2.54 seliter bermula tengah malam ini sehingga 9 Ogos depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, RON95 dan diesel bagaimanapun masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter untuk tempoh sama.

Kenyataan itu memaklumkan, berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu sepatutnya adalah sebanyak RM2.24 dan RM2.33 seliter.

“Ini menunjukkan penurunan dari minggu lalu bagi harga runcit RON95 yang berada pada paras RM2.26 seliter dan kenaikan bagi harga runcit produk diesel pada paras RM2.31 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum serta menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Kewangan berkata, anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh berkenaan adalah berjumlah RM85.78 juta.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM61.33 juta subsidi diperuntukkan untuk produk RON95 manakala subsidi bagi diesel adalah RM24.45 juta,” katanya.