Categories
GLOBAL NASIONAL

Temui mayat seorang kru, operasi SAR digantung

SINGAPURA, 25 OGOS: Seorang lagi kru USS John S McCain ditemui ekoran perlanggaran antara kapal pemusnah Amerika syarikat (AS) itu dan kapal dagang yang berdaftar di Liberia, Alnic MC, pada 21 Ogos.

Armada Ketujuh Tentera Laut AS berkata, mayat itu disahkan sebagai Juruteknik Elektronik Kelas Ketiga, Kenneth Aaron Smith, 22, berasal dari New Jersey.

Ekoran itu, Tentera Laut AS menggantung operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi 10 kru yang hilang di kawasan pencarian kira-kira 2,100 batu persegi ke timur Selat Melaka dan Singapura.

Operasi SAR terdiri daripada pelbagai agensi digantung selepas usaha mencari dijalankan lebih 80 jam.

Bagaimanapun, penyelam dari Tentera Laut AS dan Kor Marin akan meneruskan usaha mencari dan menyelamat di bahagian ditenggelami air dalam kapal itu untuk mencari kelasi yang hilang.

Sementara itu, Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata, susulan pengumuman Tentera Laut AS untuk memberi tumpuan kepada usaha mencari dan menyelamat di USS John S McCain, Singapura membuat keputusan menggantung operasi SAR, bermula jam 9 malam Khamis.

Singapura akan terus membantu Tentera Laut AS dalam usaha mencari yang kini tertumpu di kapal pemusnah kelas Arleigh Burke, USS John S McCain.

Operasi SAR Singapura yang diselaraskan dengan AS, Malaysia dan Australia menjalankan pencarian di kawasan seluas 5,524 kilometer persegi membabitkan lebih 300 kakitangan daripada pelbagai agensi Singapura sejak empat hari lepas.

Sembilan anak kapal yang masih hilang:

  • Juruteknik Elektronik Kelas Pertama Nathan Findley, 31, dari Missouri
  • Juruelektrik Komunikasi Dalaman Kelas Pertama Abraham Lopez, 39, dari Texas
  • Juruteknik Elektronik Kelas Kedua Kevin Sayer Bushell, 26, dari Maryland
  • Juruteknik Elektronik Kelas Kedua Jacob Daniel Drake, 21, dari Ohio
  • Juruteknik Sistem Informasi Kelas Kedua Timothy Thomas Eckels Jr., 23, dari Maryland
  • Juruteknik Sistem Informasi Kelas Kedua Corey George Ingram, 28, dari New York
  • Juruteknik Elektronik Kelas Ketiga Dustin Louis Doyon, 26, dari Connecticut
  • Juruteknik Elektronik Kelas Ketiga John Henry Hoagland III, 20, dari Texas
  • Juruteknik Komunikasi Dalaman Kelas Ketiga Stephen Palmer, 23, dari Illinois

*Sumber: BERNAMA

Categories
GLOBAL NASIONAL

10 hilang kapal perang AS bertembung di Selat Melaka

SINGAPURA, 21 OGOS: Sekurang-kurangnnya sepuluh pelayar dilaporkan hilang selepas kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS) bertembung dengan kapal dagang di perairan timur Singapura dan Selat Melaka, hari ini.

Tentera Laut AS dalam kenyataan berkata, lima yang lain turut dilaporkan cedera dengan pemusnah peluru berpandu USS John S. McCain itu mengalami kerosakan di bahagian belakang susulan perlanggaran dengan MC Alnic.

Katanya, ia adalah perlanggaran kedua membabitkan kapal dari Armada 7 Tentera Laut di Pasifik dalam tempoh dua bulan.

Sebelum ini, tujuh pelaut meninggal dunia pada Jun lalu apabila USS Fitzgerald dan kapal kontena melanggar antara satu sama lain di perairan Jepun.

Sementara itu, Ketua Angkatan Laut Malaysia, Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin menerusi Twitter memaklumkan dua kapal dan pesawat dari angkatan laut serta udara sudah digerakkan untuk membantu mencari pelayar AS yang hilang.