Categories
NASIONAL

Kerajaan Perlu Tetapkan Gaji Minima Pada RM1,500

SHAH ALAM 2 MEI : Gaji minima RM900 oleh Kerajaan Pusat dikatakan ?ketinggalan zaman? kerana tidal mengambil kira peningkatan kos sara hidup dan inflasi masa kini.

Oleh itu Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) menyarankan agar gaji minima ditetapkan pada RM1,500.

Penyelaras Gabungan Pekerja Kilang JERIT Sivaranjani Manickam berkata JERIT secara prinsipnya menerima baik penetapan gaji minima di Malaysia selepas sekian lama isu ini diperjuangkan.

Namun, JERIT kecewa dengan angka RM900 yang ditetapkan.

?Pada 1 Mei 1996, JERIT telah menuntut agar RM750 dilaksanakan sebagai gaji minima untuk pekerja ladang,” kata Sivaranji dalam kenyataan media.

Kerajaan Pusat telah mengumumkan gaji minima RM900 sebulan bagi pekerja swasta pada April 30. Bagaimanapun majikan diberikan tempoh 12 bulan daripada arahan mengazetekan gaji minima dikeluarkan bagi melaksanakan skim itu.

Tambah beliau, pada tahun 2002, JERIT melancarkan kempen serta menuntut kerajaan menggubal Akta Gaji Minima RM900.

Manakala, pada tahun 2008, JERIT menuntut perlaksanaan Akta Gaji Minima RM1,500.

Jumlah-jumlah ini ditetapkan berpandukan kepada kajian JERIT serta mengambil kira faktor kadar inflasi semasa dan kos hidup yang semakin meningkat.

Malah, pihak Kongress Kesatuan Perkerja sendiri telah menggesa kerajaan untuk melaksanakan gaji minima RM900 dan elaun sara hidup (COLA) RM300 untuk para pekerja.

“Walaupun pelbagai kajian serta saranan diberikan kepada pihak Kerajaan oleh JERIT dan kesatuan sekerja, penetapan RM900 sebagai gaji minimum pastinya satu angka tidak memadai untuk masa kini.

?Nampaknya pihak Kerajaan tunduk kepada tekanan para majikan dan lebih berminat kepada laporan World Bank walaupun warga pekerja menuntut RM1,500,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, bahawa kerajaan akan meneruskan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selepas pilihanraya.

“JERIT  bimbang serta was-was terhadap perlaksanaan gaji minima RM900 yang tidak menetapkan satu tempoh masa yang tetap.

?Ia memberi kelonggaran enam bulan dari tarikh arahan gaji minima ini digazetkan.  Selepas itu, para majikan diberi masa 12 bulan lagi untuk melaksanakan gaji minima.

“Walaupun satu jangkamasa diperlukan untuk membuat persediaan, tetapi jangkamasa 6 bulan dan 12 bulan adalah terlalu lama.

?JERIT bimbang pengumuman ini dibuat untuk memancing undi semasa pilihanraya umum yang akan diadakan tidak lama lagi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.