Categories
SELANGOR

Adinda Sultan Selangor Mangkat

SHAH ALAM, 30 JULAI : Tengku Putri Aishah, adinda bongsu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, mangkat di Hospital Pantai Kuala Lumpur di sini, awal hari Isnin.

Agensi berita nasional BERNAMA melaporkan Ayahanda Saudara Sultan Selangor, Tengku Seri Wangsa Diraja Tengku Datuk Ramli Tengku Shahruddin Shah memaklumkan Almarhum mangkat pada 12.15 malam akibat barah.

Jenazah Tengku Putri Aishah dimakamkan di Makam Diraja Shah Alam di sini kira-kira 12.45 tengah hari setelah disembahyangkan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Talkin dibacakan oleh Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar.

Tengku Putri Aishah, 56, menghembuskan nafas terakhir di sisi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama anggota keluarga yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published.