Categories
NASIONAL

Pancing Undi Melalui Teka Silang Kata

SHAH ALAM, 26 JULAI : Walapun nampak bebas dari mana-mana parti politik iklan ?Saya Pilih Malaysia? jelas satu usaha Kerajaan Umno-BN  menarik sokongan rakyat menjelang pilihanraya umum ke-13.

Ketua Penerangan PKR, Dr Mohd Nor Manuty berkata iklan teka silang kata yang menghiasai setengah muka akhbar arus perdana itu ada kaitannya dengan Umno-BN.

“(Iklan) nampak mengelirukan tetapi masih jelas fungsinya adalah untuk memancing undi.

“Teka silang kata yang terpampang gambar tokoh veteran Umno (Tun Dr Mahathir Mohamad) apa lagi kalau bukan untuk pastikan mereka terus berkempen dan menagih sokongan rakyat,” ujarnya kepada TVSelangor.

Promosi hebat oleh media Umno-BN di dalam laman Facebook ‘Saya pilih Malaysia’ juga menguatkan lagi dakwaan ia adalah kempen pilihanraya dari Umno-BN.

Kempen ini menerbitkan dua bahagian siri iklan dalam empat versi bahasa dalam akhbar-akhbar utama.

Bahagian kedua muncul dalam akhbar kelmarin, termasuk Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times dan The Star.

Berdasarkan iklan tersebut, mesej seterusnya akan diterbitkan di saluran TV, iaitu RTM1, RTM2, TV3, 8TV, TV9, NTV7, Astro RIA, Astro Awani, Astro Vaanavil dan Astro AEC.

Mohd Nor menambah, iklan dengan tema warna biru tua dan putih itu cukup mencerminkan ia adalah siri kempen BN.

“Usaha orang diambang nazak, mereka tahu sokongan rakyat semakin susut untuk mereka, jadi ini antara salah satu usaha mereka.

“Tidak cukup kempen di LRT, hentian bas, papan iklan, mereka cuba cara baru dengan berselindung disebalik iklan teka silang kata ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.