Categories
NASIONAL SELANGOR

Semangat Kemerdekaan Selari Dengan Semangat Demokrasi


KUALA LUMPUR 31 OGOS : Meskipun pihak berkuasa cuba ‘memujuk’ orang awam supaya meninggalkan perkarangan Dataran Merdeka ia sedikitpun tidak diendahkan oleh orang awam yang tiba awal untuk menyertai himpunan ?Janji Demokrasi?.

Orang awam yang hadir dalam puluh ribuan disambit dengan mesej ‘Tidak ada sebarang sambutan di sini, lebih baik balik. KLCC ada sambutan dan bunga api? oleh pihak berkuasa yang cuba menhalang himpunan itu.

Himpunan rakyat dengan tema berwarna kuning yang berakhir secara aman jelas membuktikan rakyat semakin matang dalam berhimpun tanpa perlu ada campur tangan provokasi, tidak seperti yang cuba digambarkan sebelum ini.

Aktivis yang ditemuramah TVSelangor melahirkan rasa gembira dan puas hati dapat meraikan sambutan ambang Hari Kemerdekaan kali ke-55 dengan menghadiri himpunan Janji Demokrasi.

Roslan Ismail, 30, sanggup menempuh perjalanan panjang dari Kota Bharu, Kelantan semata-mata ingin memberikan sokongan sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Beliau dengan nada tenang melahirkan keinginan untuk melihat satu sistem pemerintahan yang bersih demi memastikan negara terus makmur dan kehidupan rakyat bertambah baik.

Selaku suara anak muda katanya, acara meraikan sambutan kemerdekaan ini perlu dibuat dengan semangat bersatu padu tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama.

“Saya rasa terpanggil untuk menyambut dan memeriahkan lagi sambutan (kemerdekaan) tanpa ada rasa takut dan terancam serta memahami erti keamanan sebenar.

?Kemerdekaan bukan sahaja bebas dari penjajah tapi dari segi ideologi dan idealisma,” ujar beliau.

Tidak ketinggalan dalam meraikan sambutan ambang kemerdekaan kali ini adalah seorang OKU berjiwa kental, Isaiah Jacob yang kagum dengan semangat rakyat Malaysia untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil.

Beliau menyifatkan pihak yang cuba menakutkan orang awam daripada turun ke himpunan tersebut sebagai pengecut dan tidak menghayati semangat demokrasi negara.

Aktivis gerakan Asal Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim menegaskan kehadiran beliau mewakili suara Sabah dan Sarawak yang terus dipinggirkan oleh Umno-BN sejak bertahun lamanya.

Menurutnya, ABU yang juga sebahagian daripada NGO Janji Bersih mahu memperingatkan kerajaan Umno-BN bahawa janji pembersihah sisterm pilihan raya masih belum ditunaikan.

 “ABU menyertai untuk mengingatkan kerajaan bahawa masih lagi ada janji untuk membersihkan dan memulihara pilihan raya yang masih ditunaikan.

“Pendirian saya secara peribadi, sudah 49 tahun rakyat di Sabah dan Sarawak ditipu.

?Apa yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia tidak ditunaikan maka saya secara peribadi menuntut keadilan orang Sabah dan Sarawak,” tegasnya.

Sementara itu, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia, Ahmad Shukri Kamarudin percaya rakyat semakin matang untuk menerima budaya berhimpun tanpa perlu diperlekehkan mana-mana pihak memandangkan hak bersuara dan berhimpun ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Himpunan Janji Demokrasi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 dengan tema Sejiwa, Sebangsa dan Senegara, dihadiri lebih 20,000 penyokong yang memeriahkan suasana mengingati ulang tahun bersejarah bagi negara.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.